Home Klik Di Bawah

Rabu, 5 September 2012

Irma Hasmie Terharu Ramai Arrtis Sertai Ilmu Agama

 
                  Antara golongan artis yang terlibat dalam prgoram Usrah Fitrah. 
 Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis untuk mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan apabila projek Usrah Fitrah yang diilhamkan oleh Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari mula menjadi sebutan.

Irma, 30, berkata, kelas yang ditubuhkan untuk membolehkan penggiat-penggiat seni mendalami asas-asas agama Islam itu turut aktif mengadakan acara amal berbentuk kemasyarakatan, membantu golongan kurang bernasib baik dan aktiviti ukhuwah yang boleh merapatkan hubungan silaturahim.

 



"Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada empat orang pelakar dan lima orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang dan tujuh orang guru.

"Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya kepada mStar Online.

 
Selain mendalami ilmu agama, para peserta program Usrah Fitrah juga turut mengadakan pelbagai aktiviti lain seperti memasak bubur lambuk semasa bulan Ramadan yang lalu. 
 
Antara artis yang aktif bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.

Dalam pada itu, Irma berkata, kelas tersebut yang diadakan sekali pada setiap hari minggu atas tajaan Fine Academy Sdn Bhd dan Must Read Sdn Bhd itu merangkumi pembelajaran tentang al-Quran dan tajwid, fiqah, aqidah, hadis dan motivasi diri.

Katanya, tujuan Usrah Fitrah ini ditubuhkan bukan sahaja sebagai tempat mendalami ilmu agama
semata-mata, sebaliknya untuk dijadikan sebagai tapak penyebaran Islam dan dakwah daripada pelbagai medium.

"Ia juga diharap dapat menjadi platform bagi warga industri seni yang ingin membuat perubahan dalam diri untuk sama-sama menambah ilmu pengetahuan di saluran yang betul," ujarnya.

 
Iqram sempat memberi bubur lambuk kepada orang ramai. 
 
Sementara itu, Iqram Dinzly memberitahu penglibatannya dalam kumpulan berkenaan selepas diajak oleh rakan-rakan artis lain selain merasakan perlu melakukan perubahan pada dirinya.

Iqram berkata, dia sangat seronok menyertai program berkenaan dan ustaz-ustaz yang memberi ceramah sangat baik dan tidak lokek dengan ilmu.

"Dulu saya memang nakal dan degil tetapi selepas menyertai Usrah Fitrah saya mula merasai perubahan pada diri saya dan pendekatan yang digunakan oleh para ustaz juga sangat seronok
mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan