Home Klik Di Bawah

Ahad, 23 September 2012

Jentera Jentera Militari Yang Aneh Semasa Perang Dunia Pertama.. Bah.1

Austin Patilov

Pada asalnya, jentera yang dikenali sebagai Austin Patilov adalah jentera perang buatan Britain. Namun, Britain dan syarikat Austin Motor bersetuju untuk membinanya sendiri di negara Rusia. Jentera Austin Patilov yang lengkap dengan dua mesingan dibina di sebuah kilang di St. Petersburg. Austin Patilov mampu bergerak selaju 35 km/j.

 






Garlord-Putilov

Jentera Garlord – Putilov dikeluarkan oleh Rusia semasa Perang Dunia Pertama dengan menggunakan rangka lori yang diimport khas daripada Amerika Syarikat. Jentera Garlord – Putilov bagaimanapun boleh dikatakan gagal dan tidak praktikal terutamanya ketidakmampuannya bergerak pantas kerana dipenuhi dengan kepingan-kepingan besi yang berat. Berat purata jentera unik ini adalah 11 tan dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai hanyalah 18 km/j.

 

 

 

 

 

Tsar Tank

Mendapat jolokan sebagai Tsar Tank, jentera janggal ini tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama. Apa yang menjadi penghalang adalah kegagalan jentera ini semasa ujian pertama semasa jentera ini masih di peringkat prototaip.

Jentera ini yang memiliki roda yang besar di belakang menyebabkan jentera ini terperangkap di dalam lumpur. Menariknya, ia kekal terperangkap di situ sehingga pada tahun 1927 sebelum ia dileraikan untuk dijadikan besi buruk.

 

Pierce-Arrow

Jentera Pierce-Arrow adalah adalah antara jentera Anti-Aircraft(AA) yang terawal dibuat. Jentera hebat ini adalah milik Britain dan mula digunakan pada musim luruh 1914. Jentera Pierce-Arrow dilengkapi dengan rifel automatik Vickers Naval 2-pdr yang mampu mendongak 45 sehingga 70 darjah ke langit.

 

Mark IV

Jentera yang dikenali Mark IV adalah hasil buatan Britain. Ia digunakan secara sepenuhnya pada pertengahan 1917 di Pertempuran Messines Ridge. Jentera Mark IV dikendali oleh 8 orang krew dan mampu bergerak 6.4 km/j. Model Mark IV adalah kesinambungan daripada jentera Mark I, Mark II dan Mark III. Mark IV membawa tiga turet yang mampu memusnahkan mana-mana jentera ringan musuh.

 

Mesin Boirault
Mesin Boirault adalah jentera paling bermasalah selepas jentera Tsar Tank. Sepertimana Tsar Tank, Mesin Boirault tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama kerana kegagalannya semasa ujian awal. Tujuan pembinaan Mesin Boirault adalah untuk menerombos kawat duri dan bertindak sebagai perisai semasa perang statik.
Mesin Boirault yang dibina oleh jurutera daripada Perancis M. Boirault hanya mampu bergerak 1km/j. Walaubagaimanapun kekurangan paling ketara adalah kesukaran untuk mengawal pergerakannya.



 


Frot-Laffly
Jentera Frot – Laffly direkabentuk daripada tahun 1914 sehingga Disember 1915 oleh seorang jurutera Perancis bernama Paul Frot. Walaubagaimanapun, jentera ini gagal menambat hati semasa ujian awal dan tidak pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama.
Prototaip jentera ini kemudiannya dijual kepada Britain pada tahun 1915. Tidak lama selepas itu, Britain mengeluarkan model Mark yang diinspirasikan daripada prototaip Frot – Laffly. Model Mark adalah kereta kebal pertama yang digunakan manusia dan dianggap sebagai pencetus kepada pembinaan besar-besaran kereta kebal semasa Perang Dunia Kedua.

 

 
takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan