Home Klik Di Bawah

Isnin, 24 September 2012

Jentera Militari Yang Aneh Semasa Perang Dunia Pertama.. Bah. 2


Sezaire-Berwick ‘wind wagon’
Sezaire-Berwick ‘wind wagon’ telah mencipta sebuah jentera prototaip menjelang tahun 1915 untuk digunakan sebagai kenderaan berperisai semasa Perang Dunia Pertama. Walaubagaimanapun, kenderaan ini tersenarai sebagai kenderaan yang tidak praktikal dan terpaksa dibekukan pengeluarannya.

 




Armoured Quadricycle

Sebuah lagi jentera yang tersenarai sebagai jentera yang tidak praktikal adalah Armoured Quadricycle. F.R. Simms(gambar) gagal untuk menarik minat pelabur semasa demostrasi prototaip ciptaan pada Jun 1899.
Jentera ini dilengkapi dengan mesingan jenis Maxim yang mampu menembusi kepingan nipis besi. Namun begitu, ciptan F.R. Simms tetap tidak mampu menambat hati pelabur.

 

Austro-Daimler Panzerwagen

Jentera Austro-Daimler Panzerwagen adalah jentera berperisai yang memiliki enjin four wheel drive(4WD). Jentera ini memuatkan enjin Austro-Daimler dan rekabentuknya direka oleh anak kepada Gotlieb Daimler, Paul Daimler. Jentera ini dilengkapi dengan turet yang mampu berpusing 360 darjah dan mampu mencapai kelajuan 45 km/j.

Segala-galanya adalah sempurna bagi jentera ini namun ia gagal mendapat tempat di hati pemerintah Jerman-Austria, Emperor Franz Joseph I. Menurut beliau jentera berperisai ini akan menganggu kuda perang tentera Jerman-Austria kerana bunyi enjinnya yang bising.

Jentera ini hanya digunakan sebagai kenderaan pengangkut dan bukannya jentera perang sebagaimana tujuan utama ia dicipta.

 

Fiat Terni
Jentera yang dikenali sebagai Fiat Terni ini dicipta oleh jurutera daripada syarikat Fiat, iaitu sebuah syarikat permotoran Itali. Ia mula digunakan oleh tentera Itali menjelang akhir tahun 1918 sebagai jentera pengiring dan pembekal peralatan tentera serta amunisi di sempadan.

 

Autocar

Jentera Autocar adalah jentera perisai jenis ringan milik tentera Kanada. Jentera ini dilengkapi dengan kepingan plat besi setebal 9.5mm yang dibekalkan oleh Bethlehem Steel Corporation. Jentera Autocar mudah dikendalikan dan ringan serta mampu memuatkan paling maksimum 6 krew. Jentera masih terus digunakan miskipun Perang Dunia Pertama telah tamat pada 1918.

 

Lancia IZM
Jentera Lancia IZM adalah jentera buatan jurutera daripada Itali. Ia digunakan sepenuhnya semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916. Jentera ini diiktiraf sebagai jentera berperisai pertama yang dihasilkan oleh jurutera Itali.

Lancia IZM dilengkapi oleh turet berkembar dengan dua mesingan. Jentera ini mampu memecut 60km/j iaitu antara jentera berat yang terlaju pada masa itu.

 

 

 

SAVA
Jentera berperisai SAVA adalah jentera yang dibangunkan oleh tentera Belgium menjelang tahun Oktober 1914. Jentera SAVA dilengkapi dengan turet yang berbentuk kubah yang mampu berpusing 360 darjah. Tanda pengenalan utama jentera SAVA adalah lampu spotlight yang besar di hadapannya.

 

 

Schneider CA1
Jentera tempur yang dikenali sebagai Schneider CA1 adalah hasil buatan Perancis dan digunakan sepenuhnya oleh tentera Perancis semasa Perang Dunia Pertama antara tahun 1916 sehingga 1918.
Jentera atau kereta kebal pertama buatan Perancis ini dikendalikan oleh enam orang krew dan berfungsi untuk menembusi kawat berduri di sempadan musuh.

 

St. Chamond
Jentera atau kereta kebal kedua buatan Perancis adalah St. Chamond. St. Chamond memiliki rekabentuk kereta kebal yang lebih moden dan ketemporari. St. Chamond dianggarkan dibina sekitar 400 buah daripada April 1917 sehingga Julai 1918.
Dengan bentuk yang lebih panjang dan besar, St. Chamond memerlukan sembilan orang krew untuk mengendalikannya.

Seabrook
Komander CR Samson dan beberapa pegawai Eastchurch Squadron, Royal Naval Air Service (RNAS) telah merekabentuk lori yang memuatkan rifel semi-automatik Vickers 3-pounder. Jentera ini kemudiannya dibina oleh Forges et Chantiers de France di Dunkirk dan dihantar ke medan perang pada 16 Oktober 1914.

 

A7V
Jentera buatan Jerman ini adalah satu-satunya jenis yang digunakan oleh mereka semasa Perang Dunia Pertama. Jerman agak terlewat kerana A7V hanya digunakan pada April 1918 sehingga Perang Dunia Pertama berakhir pada November 1918.
A7V mendapat jolokan ‘kubu bergerak’ kerana rekabentuknya yang dipenuhi dengan kepingan-kepingan besi yang tebal. A7V mampu bergerak sehingga mencapai kelajuan 15 km/j dan dikendalikan oleh 18 orang krew.

 

  
takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan