Home Klik Di Bawah
▼
Kenapa ISLAM Itu Berkata JANGAN?
Setiap perkataan "JANGAN" ini pasti akan ada hikmahNYA.
Moga renungan ini akan menjadi amalan kita seharian & hinggalah ke hujung nyawa kita.
Dan lakukaanlah amalan2 dengan niat kerana ALLAH TAALA.
InsyaALLAH...moga ALLAH memberkati kita semua..
Aminyarobbal'alamin... ♥
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi dengan syaitan.
-JANGAN menambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. misteriousgrapersz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan