Home Klik Di Bawah

Jumaat, 7 September 2012

Kisah Wali ALLAH Yang Solat Di Atas Air

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk
ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu
berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat
membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua
usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu
sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri
mereka.





Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki
yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir
kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang
terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di
atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat
lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah
kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang
yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga
itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat
tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka
selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang
semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan
membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air
dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil
berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan
beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam
ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri
di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali
Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal
yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh
seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah
kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada
Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga
terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti
asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan
pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang
berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagibahagikan

harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada
seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan