Home Klik Di Bawah

Jumaat, 21 September 2012

Penafian Ustaz Azhar Idrus

Dikhabarkan baru2 ini telah tersebar satu penyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Ustaz Azhar Idrus di Facebook berkaitan respon terhadap sebuah filem yang menghina Islam. Berikutan dengan itu, Ustaz Azhar Idrus melalui saluran yang sama di page Facebooknya telah menyatakan penafian terhadap pernyataan tersebut seperti yang didakwa.

Pun begitu, pada pendapat Zam, pernyataan yang dimaksudkan itu sedikit sebanyak ada benarnya. Berikut adalah artikel yang dipetik dari page beliau~ Wallahualam
 
 
 
Ustaz Azhar Idrus : Saya tidak pernah buat statement spt yg tertulis dibawah ini. Sudah banyak tersiar di fb.. harap maklum

"...Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab.antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw, tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad Saw dan seluruh hadis hadis Muhammad Saw? 
Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad dan hadis hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah Saw itu nakhoda kapal islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. 
Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah Saw mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah...."
 
zamani84

Tiada ulasan:

Catat Ulasan