Home Klik Di Bawah

Sabtu, 1 September 2012

Penyu Air Tawar Yang Esotik



Mata Mata (Chelus fimbriatus) adalah spesis penyu air tawar yang mendiami hutan Amazon dan lembangan Orinoco di Amerika Selatan. Penyu pelik ini adalah sepenuhnya haiwan aquatik akuatik iaitu berada di dalam air dan tidak naik ke daratan.

Ianya lebih suka berada di air cetek yang bertakung, kerana dengan mudah boleh mengeluarkan kepalanya dari air untuk bernafas.






Mata Mata boleh membesar dengan agak besar, sehingga 15 kilogram. Ia memakan invertebrat dan ikan seta tidak berbahaya kepada manusia, walaupun dengan penampilan mereka yang agak menakutkan sesetengah orang.

Mata Mata agak sensitif terhadap kualiti air, termasuklah di dalam kurungan ataupun di dalam hutan. Ia boleh terancam oleh pencemaran.

Mata-mata juga menjadi salah satu daripada binatang peliharaan yang esotik oleh sesetengah orang
majalahbiarbetul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan