Terlalu kurang atau hampir tiada langsung buku-buku sejarah menceritakan tentang unit 731 tentera Jepun. Unit 731 merupakan kisah sejarah yang amat menyedihkan serta menyeramkan bagi sejarah Perang Dunia Kedua. Unit ini diletakkan dibahagian timur laut negara China di wilayah Pingfang sewaktu penaklukan tentera Jepun di sana. Tugas unit ini adalah mengkaji, menghasilkan serta menguji senjata biologi. Ianya menjadi jenayah perang yang sangat kejam, kerana mangsa adalah tawanan perang yang disuntik atau diberikan dengan pelbagai bakteria serta mikroorganisma yang sangat berbahaya.
Pelbagi ujian di jalankan terhadap mangsa, malahan banyak mangsa yang sudah dijangkiti dengan penyakit akan dibedah hidup-hidup tanpa alatan bius. Terdapat juga mangsa yang diletupkan,terdapat juga tawanan wanita yang dirogol, kemudianya mengandung. Unit ini menyuntik pelbagai bakteria yang berbahaya di kawasan kemaluannya, kesannya amat menyedihkan,kemaluannya dijangkiti kuman yang teruk,Malahan sewaktu musim salji, magsa didera ( diuji ) dengan salji. mereka dibiarkan sejuk sehingga kulit dan isi menjadi hitam , akhirnya, semua mangsa akan dibunuh, biasanya disuntik dengan racun. Senjata pemusnah besar-besaran yang dicipta oleh oleh unit ini tidak kesampaian diuji sepenuhnya kerana Jepun akhirnya menyerah kalah akibat bom atom yang menghancurkan dua bandar utama negara mereka.
Senjata pemusnah sekarang sudah tentunya adalah senjata nuklear. Negara seperti USA yang begitu prihatin dengan negara lain supaya tidak mengelurakan senjata nuklear juga sebenarnya memiliki senjata nuklear yang tidak di ketahui dengan jelas jumlahnya...alangkah ironinya... Begitu juga dilaporkankan Presiden syria ingin menggunakan senjata kimia untuk menghadapi mujahiddin di negara yang bergolak itu...
lovehijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan