Home Klik Di Bawah

Isnin, 10 September 2012

Rahsia Wanita Jepun Langsing & Sihat Semulajadi

Selamat petang.


Wanita dengan kecantikan menag sesuatu yang tak boleh dipisahkan. Memang naluri wanita gemar sesuatu yang cantik. Wanita Melayu mempunyai petua sendiri dalam menjaga tubuh badan termasuk dari aspek pemakanan. Hal ini sama dengan wanita Jepun yang mementingkan aspek pemakanan dalam menjaga tubuh badan.






Aku baru terbaca majalah In Trend dan ingin berkongsi 5 rahsia wanita Jepun kelihatan langsing dan sihat secara semulajadi.

1)Ikan




  • Wanita Jepun makan ikan hampir 69kg setiap tahun
  • Wanita Jepun menggantikan makanan daging hidupan daratan dengan ikan
  • Wanita Jepun menggemari ikan salmon kerana ia dapat membantu mengurangkan kedutan pada kulit.
  • Ikan salmon dikatakak kaya dengan coenzyme Q-10 iaitu bahan antioksida dan kaya dengan dimethylaminoethanol (DMAE) yang dapat kurangkan risiko sakit jantung.

2) Kicap
  • Wanita Jepun gemar menggunakan kicap dalam masakan mereka kerana kicap Jepun mempunyai kurang lemak dan kandungan protein yang tinggi.

3) Sayuran segar
  • Sayuran merupakan menu wajib bagi wanita Jepun untuk sarapan pagi.
  • Sayuran segar merupakan makanan yang boleh mengenyangkan dalam bentuk yang paling sihat.

4) Buah-buahan
  • Wanita Jepun kurang gemar makan buah-buahan
  • Namun begitu, buah-buahan yang dimakan adalah dalam bentuk segar dan bukannya dikisar sebagai jus atau lain-lain

5)Kedelai
  • Kedelai merupakan sejenis kacang yang khusus untuk melangsingkan badan.
  • Ia adalah menu wajib bagi wanita Jepun

selamat mencuba!!


notakakipakcekbiola:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan