Home Klik Di Bawah

Jumaat, 14 September 2012

Seram. Jeritan Sayu Dari Dalam Istana Lama

Istana Shaniwar wada, India
Istana lama yang tersergam ini terletak di India dan dikenali sebagai Shaniwarwada Fort Pune. Ianya menjadi kediaman pemerintah empayar Maratha sejak pembinaannya pada tahun1746.  Pemerintah-pemerintah yang  mendiami istana ini dikenali dengan gelaran  Peshwa dan dilantik menerusi system pewarisan takhta. 
 
 
 
Pun begitu tersimpan kisah tragis di sebalik keunikan istana ini. Kisah bermula selepas kematian Madhav Rao Peshwa. Tiada siapa yang boleh menggantikan takhta pemerintahan selepas kematiannya melainkan adik bongsunya, Narayan Rao yang ketika itu baru sahaja berusia 13 tahun.  Oleh kerana Narayan Rao masih kecil, dia dijaga oleh pakciknya yang bernama Raghunathrao. Raghunathrao bertindak sebagai pemangku pemerintah.
 
Oleh kerana tamak dan bercita-cita mahu menjadi pemerintah, Raghunathrao memasang rancangan untuk menghapuskan anak saudaranya itu. Seorang pengawal diarahkan untuk menangkap dan membunuh Narayan Rao.
 
Setelah mengetahui dirinya mahu dibunuh oleh pengawal, Narayan Rao berlari ke arah pakciknya lalu menjerit "Kaka! Mala vachva!" (Pakcik, tolong saya). Tetapi tiada siapa yang menyelamatkan beliau. Bapa saudaranya melihat sahaja Narayan Rao dibunuh dengan kejam.  Puas hatinya kerana cita-citanya untuk menguasai takhta empayar telahpun tercapai.
 
Sejak peristiwa itu, penduduk tempatan sering terdengar jeritan "Kaka, mala vachva!" pada waktu tengah malam. Jeritan itu kedengaran amat sayu dan menakutkan.
Dipercayai roh Narayan Rao berlegar-legar di dalam istana kerana mati dalam keadaan tidak tenang.
 
Istana ini hanya didiami sehingga tahun 1818 setelah hadirnya pemerintahan British. Istana ini juga pernah terbakar pada tahun 1828 oleh api yang tidak diketahui dari mana asal-usulnya. 
 
Walaupun tersimpan kisah seram dan menakutkan, istana ini tetap menjadi tumpuan pelancong dan penggambaran teater kerana nilai-nilai sejarah dan keunikan senibinanya
tidakalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan