Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Sabtu, 27 Oktober 2012
13 tanda kiamat yang sudah berlaku di sekeliling kita
Tanda-tanda
qiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan
sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin
'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman dll.
kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin
bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu,
merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.
Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:
1.
Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah
saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh
dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda:
"(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku
diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan
seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)
2.
Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw.
berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka
datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah
saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata:
»Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa
yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak
mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau
bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu:
"Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah
disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana
menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada
yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)
3.
Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang
tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan
majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki,
telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi
dalam bangunan" (HR Muslim).
4.
Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa
Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai
Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap
seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata:
"Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)
5.
Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat:
kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki
diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada
setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada
kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata
12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).
6.
Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw.
bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj».
Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab:
»Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)
7.
Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar
Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang
yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah.
Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari
agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai,
maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di
hari kiamat "(HR Bukhari).
8.
Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di
pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari
melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai
menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)
9.
Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa
Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum
muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka
sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan
pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai
hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali
pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)
10.
Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw.
Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak
dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).
11.
Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum
wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat,
banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum
khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita
hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)
12.
Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah
saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling
membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu
Hibban)
13.
Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata,
Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap
orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung,
pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari
Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada
manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya
diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan
Bukhari).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan