Home Klik Di Bawah

Jumaat, 26 Oktober 2012

Bagaimana Mengesan Sistem Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android?

Bagaimana Mengesan Sistem Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android? | Semenjak beberapa minggu yang lalu, heboh di dalam media massa dan elektronik mengenai pelan kerajaan pusat dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai pemasangan kamera perangkap laju, Automatic Enforcement System (AES) di sepanjang jalan raya di negara kita.  Kalau kita lihat, majoriti daripada rakyat Malaysia menentang kaedah tersebut yang dianggap sama seperti ‘saman ekor’. Menyedari mengenai masalah ini, seorang warganegara Malaysia yang prihatin telah mencipta satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar mereka.
 




  • Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.
  • Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.
  • Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.
Boleh muat turun aplikasi di sini (LINK)

Melayukini.net - Wah boleh cuba ini bagi yang memiliki smart phone android. Walaubagaimanapun kami sendiri tidak tahu keberkesanan aplikasi ini. Mungkin bagi sesiapa yang pernah mencubanya boleh share penggunaan di Facebook kami. Oh ya, aplikasi ini disediakan sekurang-kurangnya memberi kepekaan kepada kita terhadap kamera AES ini. Jangan pandu laju, ingatlah orang yang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan