Home Klik Di Bawah

Isnin, 1 Oktober 2012

Khasiat Daun Pegaga


daun pegaga
daun pegaga
Daun pegaga kebiasaannya dijadikan ulaman orang melayu dan ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit antaranya:
  • kencing manis
  • mengecutkan rahim
  • mengubati kegatalan pada vagina
  • menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka 
  • mengubati penyakit darah tinggi 
  • Selain itu, daun pegaga juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan



 
Menyerikan wajah

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Kesannya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

Mengecutkan Rahim

Bagi wanita yang mengalami masalah rahim mengembang atau lepas kedatangan haid bolehlah memakan pucuk daun pegaga dengan dijadikan ulam atau masakan. Amalkan setiap hari sehingga rahim mengecut.
Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Pada Wajah
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Caranya: 
Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. 
Lakukan petua ini setiap malam sehinggalah bintik-bintik hitam di muka hilanG
 blog-ketegaq.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan