Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Isnin, 22 Oktober 2012
Kolo Toure Nikah Di Masjid
Bek Manchester City Habib Toure dikenali sebagai pemain bola sepak
beragama Islam yang taat menjalani ibadahnya sebagai seorang muslim. Tak
hairan ketika ia melangsungkan perkahwinan, Kolo melangsungkannya di
sebuah masjid.
Ya, mungkin sedikit yang mengetahui jika Kolo Habib Toure melangsungkan
pernikahan selesai menghantar City merampas gelaran Liga Primer Inggeris
akhir musim lalu. Bertempat di ibu kota Pantai Gading, Abidjan, Kolo
menikahi tunangannya, Chimene Akassou, Khamis, 14 Jun 2012.
Dilaporkan oleh Onlinenigeria.com, resepsi perkahwinan keagamaan itu di
gelar di sebuah masjid di tengah bandar. Banyak tokoh yang hadir,
termasuk pemain timnas Pantai Gading, kalangan politik, dan ulama besar
tempatan.
Kahadiran ramai tetamu dianggap wajar, mengingat bek 31 tahun itu
mempunyai populariti tinggi di negaranya. Kolo berkahwin dengan tata
cara Islami sesuai dengan agama yang dianutinya.
Adik Kolo, Yaya Toure menjadi pengiring pengantin laki-laki pada
perkahwinan itu. Yang patut diacungi jempol, Kolo merayakannya dengan
nuansa Islami.
Tidak lupa ia mengenakan peci khas Pantai Gading sepanjang acara
perkahwinan. Meski berganti pakaian, ia tetap mengenakan peci yang
sesuai dengan warna bajunya.
Ketika selesai mengucapkan ijab kabul di hadapan penghulu, bekas bek
Arsenal itu kelihatan menangis bahagia. Ia kemudian terus memeluk dan
mencium isterinya. Kerana banyak orang ingin menghadiri majlis
pernikahannya, maka resepsi pernikahan diadakan hingga tiga hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan