Home Klik Di Bawah

Jumaat, 12 Oktober 2012

PEKERJAAN SUNAT SEBELUM BERANGKAT KE JUMAAT

Sebelum seorang berangkat ke JUMAAT,ada pula perbuatan-perbuatan sunat yang dituntut mengerjakannya:

Pertama:
Mandi sebelum pergi.
Dari Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. : bersabda
"Siapa di antara kamu datang ke JUMAAT maka hendaklah ia mandi".






 

Kedua:
Memakai bau-bauan (minyak wangi).
"Dari Salman r.a. ia berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Tiadalah mandi seseorang pada hari JUMAAT lalu bersuci sekadar kuasanya bersuci serta memakai minyak dengan minyak,dan dipakainya harum-haruman rumahnya, kemudian keluarlah ia dengan tidak menceraikan antara dua orang, kemudian mengerjakan sembahyang yang telah diperintahkan baginya (sembahyang tahiyat Masjid), kemudian berdiam diri bila iman telah berkata-kata(berkhutbah), melainkan diampunilah baginya dosa antara JUMAAT itu dengan JUMAAT yang lain."(Diriwayatkan oleh Bukhairi).

Ketiga
Bersegera datang ke JUMAAT, kerana datang segera itu besar sekali pahalanya daripada berlambat-lambat.Sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Siapa yang mandi pada Jumaat seperti mandi janabat kemudian ia berjalan ke Jumaat di saat yang pertama, maka seolah-olah ia telah berkorban seekor unta, dan siapa yang berjalan di saat yang kedua, seolah-olah ia telah berkorban seekor lembu dan siapa yang berangkat pada saat yang ketiga, seolah-olah berkorban seekor domba(biri-biri) dan siapa berjalan pada saat keempat seolah-olah ia telah berkorban seekor induk ayam dan siapa berjalan pada saat kelima,  seolah-olah ia telah berkorban seharga sebutir telur, apabila  IMAN telah keluar ke atas MIMBAR , hadirlah segala malaikat ke mimbar itu untuk mendengar khutubah."(Diriwayatkan oleh Bukhairi dan Muslim).

Keempat
Mengerat kuku dan mencukur misai sebelum pergi ke Masjid.
Keterangan menyatakan:
"Dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. biasa mengerat kukunya pada hari Jumaat, dan memcukur misainya sebelum beliau berangkat pergi sembahyang."(Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Tabarani).

Kelima
Mendekati Iman setelah sampai di Masjid.
"Dari Aus bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: Siapa yang bersetubuh lalu ia mandi dihari Jumaat, berpagi-pagi ia datang ke Masjid dan ia mendapati permulaan khutubah, sedang ia datang dengan berjalan kaki, tidak berkenderaan, memperhatikan khutubah dan tidak dirosakkannya pahalanya (kerana berkata-kata di waktu khutubah dibacakan), adalah baginya upah (pahala) pada tiap-tiap langkah setahun amal puasanya dan sembahyang malamnya."(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi).

Keenam
Berjalan lambat-lambat ke Masjid, iaitu jangan terburu-buru.
"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. : Sesungguhnya beliau bersabda: "Bila sembahyang telah diqamatkan maka janganlah kamu datang kepadanya (ke tempat sembahyang) sedang kamu berlari-lari (tergesa-gesa) tetapi datanglah kamu kepadanya  sedang kamu berjalan kaki, dan hendaklah kamu berjalan tenang."(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Ketujuh
Jangan melangkahi pundak (tengkuk) manusia ketika sampai di Masjid, kerana hendak mengejar saf yang di depan.
Keterangan menyatakan:
"Dari Abdullah bin Basr r.a. ia berkata: Pernah datang seorang laki-laki dengan melangkahi tengkuk orang lain di hari Jumaat, sedang Nabi s.a.w. berkhutubah, maka beliau berseru kepadanya: "Duduklah engkau, maka sesungguhnya engkau telah menyakiti orang."
 

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasa
bersihjiwahati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan