Home Klik Di Bawah

Selasa, 16 Oktober 2012

Penyakit KAYAP

                               Penyakit Kayap pada peringkat serius.
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.




Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar.

Kawasan jangkitan:
mana2 bahagian kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian hidung

Simtom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas

Jenis2 penyakit kayap:
1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)

Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit (merebak)
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ‘rasa’
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. Bila ini terjadi, seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia

Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:
1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Aloe vera atau Lidah buaya. Mujarab dalam merawat penyakit kayap.

Petua2 rawatan boleh dicuba:
1) Sapu dengan lendir daun aloe vera
2) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu
3) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Sapukan dibahagian kulit terkena kayap.
4) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur, ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu. Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
5) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
6) Gunakan daun bunga melor, Pucuk daun buah delima, Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di blender dan di campurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan di bancuh pekat. Kemudian di sapu atau tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu .
7) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
8) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk
9) Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk. Sapu pada tempat yang kena kayap tu.
10) Gunakan garam bukit (rock salt)
Cara merawat
ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amalkan 2-3 kali sehari sebelah pagi dan malam.
Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul)
11) Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, keluarkan air dari batang pokok keladi tu dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan berpandukan kepada ayat2 suci al-quran.
Semasa sedang berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah agar sembuh cepat. Insyallah boleh sembuh
harianblogger

12 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf hantar semula sbb no hp silap..

      Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kayap. Disapu pada kayap terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa 1 @ 2 hari insyaAllah kering, kulit boleh dikoyak keluar tnggal kulit baru. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya cuma 12.00 saja..Hj Man 0134389413..T kaseh.

      Padam
  2. Salam, krim mutiara bumi telah diuji berkesan untuk kayap, kudis buta, kaki makan air, lecur dll sakit kulit. sila lawat krimmutiarabumi.blogspot.com untuk maklumat lanjut..tk

    BalasPadam
  3. Ada petua mudah rawat kayap. Layari krimmutiarabumi.blogspot.com ada latest update tntang kayap..tk

    BalasPadam
  4. Salam hormat.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar kayap sudah ditemui.Sudah ramai yang sembuh dengan izinNya.Dapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. slm...blh bg detail buat rawatan mcm mn?

      Padam
    3. slm...blh bg detail buat rawatan mcm mn?

      Padam
  5. Salam.. Saya baru terkena penyakit kayap ini.. Langkah pertama apa yang patut saya buat ? Saya jugak takut ia merebah ke bahagian lain..

    BalasPadam
  6. Dr wan kat kelantan Ada tak cawangan tu?

    BalasPadam
  7. Saya rasa saya di jangkiti penyakit kayap.Tapi yg pelik kayap saya tak keluar.maksudnya tak nampak.Ada beberapa symtem ada pd saya seperti sakit pada kulit & gatal.Klau yg jenis tak nampak ni camna nak rawat ya.Tlg bagi pendapat ke-gee.goldcat@gmail.com

    BalasPadam