Home Klik Di Bawah

Khamis, 11 Oktober 2012

Sejarah Ringkas Rasulullah SAW Menunaikan Ibadah Haji


Rasulullah SAW hanya mengerjakan haji sekali sahaja dalam seumur hidupnya.Haji yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw dikenali sebagai “Hajjatul Wada” yang bermaksud haji perpisahan.Ini kerana tidak lama selepas Rasulullah SAW melaksanakan haji ini,beliau wafat.

Rasulullah SAW bererta para isteri baginda dan para sahabat yang seramai 90,000 orang(menurut sesetengah riwayat lebih daripada itu) telah berangkat dari kota Madinah pada hari sabtu(25hb Zulkaedah 10 Hijrah) menuju ke Makkah.Sebelum berangkat ke Makkah,baginda telah menyerahkan tugas pengelolaan kota Madinah kepada Abu Dujanah Al-Ansari.Baginda juga membawa 60 ekor haiwan korban.
 
 
 
 
 

Apabila sampai di Zulhulaifah yang sekarang dikenali sebagai Bir Ali (10 km dari Madinah),rombongan baginda telah bermalam disana.Pada keesokan harinya baginda dan kaum muslimin memakai ihram serta berniat haji.Mereka beramai-ramai mengucap talbiah,


Maksudnya: “Ya Allah,aku sambut panggilan-Mu.Sesungguhnya tahmid dan nikmat dipanjatkan kepada Engkau.Begitu pula kerajaan.Tiada sekutu bagi-Mu,Ya Allah.”
Bergemuruhlah bunyi talbiah sepanjang perjalanan mereka.Betapa bersemangat,gembira dan bersyukurnya mereka semuadengan kehebatan rombongan haji yang begitu padu dan cemerlang.Lebih-lebih lagi diketui oleh Rasulullah saw,manusia paling agung di muka bumi ini.

Baginda dan rombongan telah sampai di Makkah pada Ahad 4 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari perjalanan dengan mengikuti Thaniah Kada iaitu sebatang jalan dekat dengan perkuburan Ma’la.

Apabila terpandang Kaabah,baginda berdoa:

doa ketika terpandang Kaabah

                
Setelah itu baginda dan rombongan bertawaf 7 kali,bersolat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim,meminum air zam-zam dan bersa’ie di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.

Baginda juga berdoa semasa menaiki Bukit Safa iaitu:


doa semasa menaiki Bukit Safa

Pada 8hb Zulhijjah,Rasulullah saw dan rombongan baginda berangkat ke Mina dan bermalam disitu.Pada keesokan harinya,iaitu 9hb Zulhijjah(Hari Jumaat),baginda menaiki untanya dan meneruskan perjalanan ke Arafah.

Pada hari itu juga,bumi Arafah menjadi saksi kepada sebuah perhimpunan manusia yang begitu banyaknya yang belum pernah berlaku di bumi Hijaz sebelum itu.Pada hari itu juga merupakan khutbah terakhir Rasulullah saw.Selepas solat Zuhur dan Asar di Arafah,baginda menyampaikan khutbah yang bersejarah.

Ucapan baginda yang bermaksud:

‘’Hai manusia!.Dengarkan kata-kata saya,kerana mungkin saya tidak akan bertemu lagi dengan sekalian disini di masa akan datang.”

“Hai manusia! Darah dan harta kamu adalah suci di antara satu sama lain sebagaimana sucinya hari dan bulan ini,hingga hari dimana kamu menemui Allah,dan setiap perlanggaran terhadap hak-hak ini adalah haram.”

“Wahai manusia! Ketahuilah bahawa darah yang tumpah di zaman Jahiliyah harus dilupakan,dan tidak boleh ada pembalasan dendam atasnya.”

“Kamu sekalian akan kembali kepada Allah.Dan di alam akhirat itu,semua perbuatan baik dna buruk kamu akan ditimbang.Saya katakan kepada kamu,orang yang kepadanya telah diberi amanat,harus mengembalikan amanat itu kepada pemiliknya.”

“Wahai manusia!.Haruslah kamu ketahui bahawa riba itu dilarang keras dalam Islam.Orang yang telah menanamkan modalnya untuk mendapatkan bunga hanya dapat mengambil kemabali modalnya sahaja.Mereka tidak boleh menindas mahupun ditindas.Adapun mengenai bunga yang dihutang oleh orang-orang yang berhutang kepada Abbas sebelum Islam,hutang bunga itu tidak berlaku lagi,dan dia tidak berhak untuk menuntutnya.”

“Hai manusia! Syaitan telah kehilangan harapan untuk disembah di negeri kamu,Tetapi apabila kamu mengikutinya dalam perkara-perkara kecil maka ia akan bergembira dan senang.Maka janganlah kamu mengikuti syaitan.”

"Perlu kamu mematuhi bulan-bulan yang halal dan suci sesuai dengan hari-hari dimana Allah menciptakan langit,bumi ,bulan dan matahari.Di sisi Allah,jumlah bulan adalah 12...Dari jumlah itu,Ia telah menyatakan 4 diantaranya sebagai bulan suci,Bulan-bulan suci itu ialah Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan yang kesemuanya berurutan dan Rejab.”

‘’Wahai manusia! Isteri kamu mempunyai hak keatas kamu,dan kamu pula mempunyai hak ke atas mereka.Hak kamu ke atas mereka adalah bahawa mereka tidak boleh menerima sesiapapun dalam rumah mereka tanpa izin kamu,dan tidakboleh melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan khianat.Apabila mereka melanggarnya,maka Allah mengizinkan kamu meninggalkan tempat tidur mereka dan menghukum mereka.Namun apabila mereka kembali ke jalan yang benar,kamu harus bersikap terhadap mereka dengan ramah dan kasih sayang,dan harus memberikan nafkah kepada mereka dengan fasiliti kehidupan yang menyenangkan,”.

‘’Saya nasihatkan kepada kamu sekalian di tanah ini untuk berlaku ramah kepada isteri kamu,kerana kamu menerima mereka sebagai amanah dari Allah,dan mereka menjadi halal bagi kamu dan hukum-NYA.

‘’Wahai manusia!Dengarlah kata-kata saya dengan cermat dan fikirkanlah.Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian 2 hal penting,yang satu ialah Kitab Allah dan yang lainnya adalah Sunnah saya.Apabila kamu taat kepada kedua-duanya,maka kamu tidak akan pernah sesat selama-lamanya,’’.

‘’Wahai manusia! Dengarkanlah kata-kata saya dan fikirkanlah.Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim lainnya,dan seluruh umaty Ilsam adalah bersaudara,Dan setiap harta Muslim tidak halal bagi Muslim lainnya kecuali ia memperolehinya dengan cara baik,”

‘’Wahai manusia! Kamu yang hadir hendaklah menyampaikan nasihat ini kepada yang tidak hadir.Selepas saya,tidak akan ada lagi Nabi,dan selepas kamu wahai umat Islam,tidak akan ada lagi umat lain,”

‘’Wahai manusia! Hendaklah kamu ketahui bahawa saya telah melarang semua upacara dan kepercayaan zaman Jahiliyah,sekaligus memberitahu kamu sekalian akan kebatilannya,”.

Kemudian Rasulullah saw telah meberi isyarat ke langit dengan jari telunjuk seraya berkata,

"Ya Allah! Saya telah menyampaikan risALAH-Mu.’’

Kemudian setelah menyampaikan 3 kali,

‘’Ya Allah! Saksikanlah itu.’’

(petikan khutbah di ambil dari buku-Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah saw,Penyusun:Abu Hikmah al-Husni,Penerbit:DarulNuman)



Kemudian Rasulullah SAW menyempurnakan semua ibadat hajinya.Baginda tinggal di Arafah pada 9 Zulhijjah sehingga matahari terbenam.Sebelum gelap,baginda menunggang untanya dan menghabiskan malamnya di Muzdalifah,dan berada di Masy’ar antara fajar dan terbitnya matahari.Pada hari kesepuluh baginda bertolak ke Mina dan melakukan upacara melontar jamrah-jamrah dan menyembelih korban.Rasulullah saw. Telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah.Dan pada 14 Zulhijjah,Rasulullah SAW telah berangkat meninggalkna Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

Di masa wukuf telah berlaku beberapa peristi8wa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam,di antaranya ialah seperti berikut:

1.       Rasulullah saw minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau yiada sunat berpuasa pada hari wukuf.

2.        Seorang sahabat jatuh dari binatang tunggangannya lalu mati,Rasulullah saw menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram da tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya.Sabda Baginda pada ketika itu bahawa:

“Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram danbertalbiah”.

3.       Dikatakan juga Rasulullah saw telah bersabda semasa ketika baginda wukuf di Arafah yang bermaksud,;
‘’Ini adalah Arafah dan ia tempat wukuf dan Arafah itu semuanya tempat wukuf.’’

4.       Baginda juga apabila baginda berhenti di quzah Sabihah di Mudzalifah dan ketika menyembelih korban di Mina:

‘’Ini adalah tempat mabit dan mana-mana sahaja bumi Mudzalifah adalah tempat mabit”
“Ini adalah tempat sembelihan korban,dan dimana-mana tempat di Mina adalah tempat korban”


Hajjatul Wada juga disebut sebagai Hajjatul Balagh,Hajjatul Islam,Hajjatuttamam wal kamal (iaitu haji yang sempurna dan lengkap) kerana pada hari itu turunya firman Allah:


Maksudnya: “Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.”(Al-Maidah:3)

Daripada sirah ringkas ini kita harus menghayati betapa susahnya Rasulullah SAW ketika menyempurnakan ibadah haji dengan penuh pengorbanan.Baginda serta rombongan telah mengambil masa 9 hari untuk tiba di Makkah Al-Mukarramah tanpa keluhan atau rungutan berbanding pada hari ini yang mengambil masa lebih kurang 9 jam sahaja dengan menaiki pesawat yang selesa untuk tiba ke Tanah Suci.Sirah Rasulullah saw menuanikan haji ini harus dijadikan pedoman kepada kita agar dapat menempuh sebarang kesusahan dan cabaran di Tanah Suci kelak dengan penuh kesabaran dan kesyukuran..
Sumber:
Judul Buku: Keistimewaan Maakah
Penulis: Ummu Ammar
At-Taqwa Series.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan