Home Klik Di Bawah

Sabtu, 20 Oktober 2012

Tahukah Anda Di Sebalik Kebaikan Daun Ganja

c 470e4b453037d697c014d7ad6a4c365d (Gambar) Tahukah Anda Di Sebalik Kebaikan Daun Ganja ???
Sebut sahaja ganja sudah pasti kita terbayang akan keburukannya kerana ianya sering di ambil orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk di jadikan bahan khayal.. Di sebalik itu tahukah anda tentang kebaikan daun ganja itu ???

Terdapat lebih daripada 400 sebatian cannabinoids yang terdapat pada sebuah pokok ganja. Beberapa di antara sebatian tidak beracun tersebut terbukti mampu mengubati kanser, mengurangkan kecenderungan psikotik pesakit schizophrenia dan mengubati pelbagai penyakit kronik yang lain.





800px Cannabis 01 bgiu (Gambar) Tahukah Anda Di Sebalik Kebaikan Daun Ganja ???
Sebatian-sebatian berkhasiat perubatan tersebut diantaranya seperti cannabidiol (CBD), cannabinol (CBN), cannabichromene (CBC), cannabigerol (CBG) dan tetrahydrocannabivarin (THCV).

Tidak seperti delta-9-Tetrahydrocannabinol (THC), kandungan psikoaktif ganja, mengambil sebatian-sebatian tersebut tidak boleh membuat anda mabuk.

Malangnya di Malaysia, undang-undang Dadah No. 35 Tahun 2009, memasukan sebatian-sebatian tersebut sebagai Dadah Golongan 1.

Dimata kerajaan Malaysia, sebatian-sebatian cannabinoids non-psikoaktif dianggab sama berbahayanya dengan heroin mahupun Napza lain.

Berbeza dengan pandangan para penyelidik perubatan di dunia, sebatian-sebatian cannabinoids tersebut justru mampu menjadi ubat yang selamat dan berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik. Untuk itu mari kita lihat lebih dalam mengenai sebatian-sebatian berkhasiat menyalahi undang-undang tersebut.

Cannabidiol (CBD)

Setelah THC, CBD merupakan cannabinoids yang paling banyak dikaji oleh ahli sains. Ditemukan pertama kali tahun 1940, majoriti saintis mengatakan bahawa CBD mungkin sahaja menjadi satu-satunya cannabinoid yang paling penting. Bahkan para saintis menganggab CBD sebagai sebatian perubatan terbaik yang dimiliki pokok ganja.

Hasil kajian Antonio Zuardi yang diterbitkan The Brazilian Journal of Psychiatry tahun 2008 mendapati pelbagai potensi perubatan dari cannabidiol untuk mengubati parkinson, alzheimer, serebral iskemia, diabetes, rheumatoid arthritis, keradangan, mual dan kanser.

Tahun 2009, saintis dari Israel dan Itali mengembangkan penemuan tersebut dan mendapati bahawa CBD memiliki sifat anxiolytic (anti-cemas), anti-psikotik, anti-epilepsi, neuroproteksi, vasorelaxant (membesarkan pembuluh darah), Antispasmodic (meringankan keram otot), anti- ischemic (memperlancar aliran darah), anti-kanser, antiemetic (menghilangkan mual dan muntah), anti-bakteria, anti-diabetes, anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), dan merangsang pertumbuhan tulang.

Martin Lee, pengasas dan pengarah Project CBD, yang menyifatkan cannabidiol sebagai “The Cinderella Molecule”; Sebatian kecil yang tidak beracun, non-psikoaktif dan multiguna.

10 major health benefits marijuana (Gambar) Tahukah Anda Di Sebalik Kebaikan Daun Ganja ??? 

Cannabinol (CBN)
Cannabinol adalah produk turunan dari THC. Pertama ditemui saintis pada tahun 1896. Sebatian cannabinol ditemui dapat membantu proses tidur, mengurangkan rasa sakit mahupun keram, melambatkan gejala ALS (Penyakit Lou Gehrig), meningkatkan nafsu makan, dan menghentikan penyebaran residu ubat-ubat tertentu.

Cannabichromene (CBC)
CBC pertama kali ditemui pada tahun 1966. Secara khusus banyak ditemui pada tanaman ganja yang baru tuai. Namun, kajian terhadapnya belum dilakukan sebanyak CBD ataupun CBN.

Sebuah ringkasan jurnal-jurnal di tahun 2009 mendapati fungsi CBC sebagai anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), anti-mikrob, analgesik, anti-kanser, dan merangsang pertumbuhan tulang.

Kajian terbaru di tahun 2011 mendapati bahawa CBC boleh mempengaruhi hujung saraf autonomi dalam mengubah rasa sakit.

Cannabigerol
Sama seperti CBC, CBG juga kurang mendapat perhatian serius dari para saintis. Terlihat dari sekurang-kurangnya jurnal yang mengemukakan kesan perubatan sebatian tersebut. CBG pertama kali ditemui pada tahun 1964.

Berdasarkan hasil penemuan dalam The British Journal of Pharmacology tahun 2011, ekstraksi CBG-chemotype boleh dijadikan agen antiseptik yang sempurna dan selamat untuk membunuh bakteria.

Kajian terbaru kemudian mendapati bahawa sebatian non-psikoaktif tersebut mampu mengubati pelbagai gangguan sistem saraf autonomi, termasuk epilepsi.

Tetrahydrocannabivarin
Dijumpai tahun 1970, THCV merupakan sebatian khas yang boleh ditemui pada hashish Pakistan dan cannabis yang berasal dari selatan afrika.

Mengikut dosnya, THCV boleh menjadi agen antagonis bagi THC (dos rendah THCV dapat menurunkan nafsu makan) atau malah sebaliknya (dosis tinggi THCV bermanfaat untuk proses pembentukan tulang).

Tidak seperti CBD, CBN, CBC, dan CBG, dosis tinggi THCV mampu membuat anda mengalami fenomena “melayang” (lebih rendah dari THC).

Bagi kami, tumbuh tumbuhan ini juga seperti daun ketum yang sekarang ini di kategorikan sebagai beracun kerana sikap sgelintir yang mengambilnya dengan salah…
ohduniaku.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan