Home Klik Di Bawah

Sabtu, 17 November 2012

5 TAULADAN DAN PENGAJARAN KISAH HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK SEBUAH PERUBAHAN

alam Ma'al Hijrah untuk semua umat Islam. Syukur kerana kita masih diberikan nikmat-Nya. Hijrah bermula daripada peristiwa hijrah (perpindahan) Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam memperkukuhkan kedudukan Islam dan merancang strategi baru untuk penyebaran Islam.
  
Hijrah dari segi bahasa pula bermaksud perpindahan, kepada satu keadaan yang lebih baik. 
 
 
 
 
Apabila sampai tahun baru sering akan timbul pertanyaan azam baru yang ingin kita capai. Tidak dinafikan perasaan saya sendiri, semangat tahun baru sering mendorong kepada terciptanya impian atau cita-cita baru. Namun, memang ada yang tidak berjaya. Apakah sebabnya? Sebagai seorang manusia biasa, saya fikirkan anda anda juga sama (mungkin).


Sememangnya ada sebab kepada kegagalan masing-masing dalam mengejar impian - pasti. namun, apa yang paling penting adalah untuk tidak berhenti berusaha. Justeru, jika kita semua punyai impian atau cita-cita besar demi satu perubahan dalam kehidupan kita, peristiwa hijrah punyai pengajaran dan tauladan untuk dipelajari. Antaranya ;
 
1. Allah, manusia dan doa - Rasullulah s.a.w adalah seorang manusia yang keyakinannya kepada Allah s.w.t tidak punyai belah bahagi. Keyakinannya baginda ditunjukkan melalui perbuatan baginda dengan berdoa. Jika dibaca semula tentang sejarah hijrah, baginda menjadikan doa sebagai salah satu senjata yang mana baginda gunakan antaranya untuk ;
 
  • mengalahkan Suraqah (kaki kuda tenggelam dalam pasir), 
  • membantu dengan memberi minum susu kambing
Doa adalah senjata mukmin. Gunakanya sentiasa. sebagai seorang manusia, dengan berdoa ia menguatkkan lagi keyakinan dalam kita mencapai cita-cita disamping membantu ketika kita berada dalam kesusahan. Ingat Allah ketika senang dan susah. 
 
2. Perancangan - Tanpa perancangan agak sukar atau langsung tidak kita akan berjaya. Iktibar daripada perjalanan Baginda Rasullulah s.a.w adalah
 
  • Untuk mengelakkan daripada rancangan pembunuhan oleh kafir Quraisy. Baginda telah keluar dari rumahnya seawal pagi dan Ali Bin Abi Talib mengantikan tempat tidurnya bagi mengelirukan para pembunuh kafir Quraisy.
  • Menggunakan jalan yang berlainan untuk mengelirukan musuh dan berhenti di Gua Thur untuk menenangkan keadaan. Di gua selama 3 hari, Aishah dan Asma' adalah pembekal makanan.
Itu antara perancangan yang baginda telah lakukan dalam mencapai cita-cita Hijrah dan menegakkan syiar Islam. Pengajarannya, sesudah kita punyai impian - sebuah perancangan adalah sangat penting. Rancangan hendaklah sesuatu yang praktikal dalam usaha kita. Iktibar dalam perancangan Rasullulah s.a.w dalam mencapai tujuannya adalah dengan menggunakan cara yang berbeza dan bertenang sebelum melangkah.
 
3. Perubahan ada rintangan - Kita berjalan tanpa kita sedari sedang dirintang oleh berat kerana graviti tidak lurus kerana penghalang dalam perjalanan. Itu fitrah dan lumrah kehidupan. Semakin besar sebuah cita-cita dan impian, jangkakan rintangan yang semakin besar. 
 
Baginda Rasullulah s.a.w atas perintah Allah s.w.t memang tanggungjawab yang menjadi cita-citanya sebuah perubahan bagi menyebarkan Islam keseluruh pelusuk muka bumi. Tidak hairanlah kenapa masyarakat kafir Quraisy bercita-cita untuk membunuh beginda. Ia adalah rintangan yang sentiasa baginda Rasullulah s.a.w tahu dan hadapi. Sedar akan perkara tersebut, baginda sentiasa bersedia dan merancang dengan setiap tindakan beginda.
 
4.  Hijrah/Berubah atas peluang - Mengetahui peluang besar terutamanya bagi mencapai cita-cita menyebarkan Islam dengan lebih baik, baginda atas arahan Allah s.w.t mengambil keputusan untuk berhijrah. Antara peluang yang ada di kota Madinah ketika itu adalah;
 
  • Jemputan dari masyarakat Arab Madinah untuk memimpin dalam memulihkan ekonomi dan
  • Mendamaikan masyarakat Madinah yang sering bertelagah
  • Peluang penyebaran Islam dalam suasana lebih aman selepas tentangan kuat dari kafir Quraisy kota Mekah
  • Kedudukan Madinah yang strategik dalam laluan perdagangan (Peluang penyebaran yang lebih banyak)
Kesan atas mengambil peluang yang ada, penyebaran Islam selepas hijrah menjadi semakin cepat dan meluas kerana perkembangan ekonomi, politik dan sosial umat Islam yang semakin stabil. 
 
Pengajarannya, jika inginkan satu perubahan dalam hidup atau mencapai impian, pastikan ia punyai peluang yang baik dan terbuka. Selidiki peluang-peluang yang ada dalam kehidupan kita seharian dan gunakan ia sebaiknya dalam mengubah hidup kepada yang lebih baik. Pastikan juga peluang-peluang tersebut realistik dan mampu dicapai.
 
5. Erti Sahabat - Untuk berjaya dalam mencapai sesuatu yang lebih baik perlukan sahabat. Dan untuk berubah dan berjaya kita perlukan orang sekeliling, kenalan dan paling penting sahabat. Iktibarnya 
bagaimana ;
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq berjalan di depan dan belakang Rasulullah s.a.w demi untuk melindunginya dalam mencapai cita-cita sahabatnya
  • Sayidina Ali Bin Abi Talib menggantikan baginda Rasullulah s.a.w ditempat tidurnya bagi mengelirukan pembunuh kafir Quraisy
Begitu pentingnya seorang sahabat sama ada orangnya dari kalangan sanak saudara sendiri atau orang lain. Dengan adanya semangat setiakawan tinggi, ia memberikan impak moral yang membantu dalam kita mengejar sebuah perubahan dan kejayaan terutamanya. Oleh sebab itu, jagalah perhubungan kita dengan sahabat yang ada.
 
Kegemilangan Islam tercetus selepas berlakunya hijrah baginda Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Daripada tekanan kepada kebebasan, kemiskinan kepada kekayaan, daripada sengsara kepada kedamaian. Justeru, kita ambil iktibar peristiwa sejarah besar tersebut sebagai pemangkin untuk mencari ruang, kekuatan dan keyakinan untuk melakukan perubahan - kepada yang lebih baik. 
 
Insya-allah.
Soalan : Apakah Yang Anda Pelajari Dan Tauladan Daripada Kisah Sejarah Hijrah Rasulullah Dalam Mengubah Diri Kepada Yang Lebih Baik? Kongsikan Pendapat Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah.
 i-think-of.blogspot
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan