Home Klik Di Bawah

Isnin, 26 November 2012

6 Pemain Bola Sepak Terkenal Yang Bersimpati Dengan Palestin

Bola sepak kini bukan sekadar sukan atau permainan di atas padang semata-mata namun juga dapat menjadi medium untuk menyampaikan pesanan kemanusiaan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh beberapa orang pemainnya dalam menanggapi konflik Israel-Palestin yang telah berlangsung sekian lama.
 
 
 

1. Eric Cantona
Legenda Manchester United ini diketahui pernah aktif dalam pembebasan seorang pemain bola sepak Palestin yang ditahan oleh Israel tanpa alasan yang jelas. Bersama sebuah organisasi antarabangsa, ‘King Eric’ melayangkan sebuah surat ‘prihatin’ kepada presiden UEFA, Michel Platini.


2. Madjid Bougherra
Pemain pertahanan pasukan Aljazair ini secara terang-terangan menentang Israel. Langkah yang ditempuhnya adalah dengan menolak untuk tampil bersama kelabnya pada waktu itu, Glasgow Rangers ketika bertemu dengan salah satu pasukan berasal dari Israel.

“Sebagai Muslim yang mendukung perjuangan Palestin, saya tidak akan pernah menghadapi pasukan dari Israel,” tegas Bougherra yang sekarang memperkuat kelab Qatar, Lekhwiya SC.


3. Mohamed Aboutrika
pemain bola sepaka Mesir ini menyampaikan simpatinya kepada Palestin dengan tulisan pada pakaian miliknya. Aboutrika memperlihatkan tulisan tersebut ketika merayakan gol dalam sebuah perlawanan.


 4. Mesut Oezil
Yang terbaru adalah aksi simpati yang dilakukan Oezil. Bintang Real Madrid berasal dari Jerman itu memuatnaik satu gambar kanak-kanak yang terkorban dalam serangan di Gaza melalui akaun instragam miliknya officialmesutozil10.

Pemandangan menyedihkan dapat dilihat dalam gambar tersebut, di mana seorang kanak-kanak tergeletak tak bernyawa di hadapan rakan-rakannya. Sementara di bahagian lain foto, terlihat satu baju bertuliskan nama serta nombor jersi Oezil yang dilumuri darah.


Oezil juga menuliskan mesejnya “Berehatlah dengan damai semua mangsa yang tidak berdosa. Saya mendoakan kebebasan semenanjung Gaza. Bebaskan Palestin.”


5. Cristiano Ronaldo  
Cristiano Ronaldo pernah melelong kasut miliknya yang kemudiannya didermakan kepada warga Palestin.


6. Fredric Kanoute

Fredric Kanoute, pemain asal Mali pernah dikenakan denda oleh federasi bola sepak Sepanyol kerana meraikan gol dengan memeperlihatkan tulisan sokongan kepada Palestine di bajunya.


sumber: us.bola.viva.co.id/billyinfo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan