Home Klik Di Bawah

Khamis, 29 November 2012

Bina Bangunan Tertinggi di Dunia Hanya Dalam Tempoh 3 Bulan?

Sebuah syarikat perusahaan pembinaan Cina, berencana untuk membangun gedung pencakar langit tertinggi di dunia hanya dalam waktu tiga bulan. Gedung itu, Sky City, akan dibangunkan di Changsha, Tenggara Cina. Bangunan dengan 220 lantai itu akan memiliki ketinggian 2749 kaki (838 meter).

Yang paling menarik tentang Sky City adalah bahawa perekanya, Broad Group yang berpusat di Cina, merancang untuk menyiapkan bangunan itu hanya dalam tempoh 90 hari sahaja. Ini bermakna mereka harus menyiapkan sekurang-kurangnya lima tingkat berdiri setiap hari. Ia menggunakan metode revolusioner di mana blok dibangun di luar lokasi dan dipasang bersamaan untuk menjimatkan waktu.
 
 
 

Sky City akan memiliki jumlah penghuni 17400 orang, yang dilengkapi dengan fasiliti hotel 1000 buah bilik, hospital, 5buah sekolah dan ruang pejabat dengan kapasiti keseluruhan 31000. Penghuni akan menggunakan 104 lift berkecepatan tinggi.

Rencana itu bukan janji kosong. Tahun lalu Broad membuat kejutan ketika membangun gedung 30 lantai dalam 15 hari.
Meskipun ada kebimbangan tentang kekukuhan strukturnya, syarikat berkenaan mengatakan bangunan itu akan mampu menahan gempa berkekuatan 9 skala Richter.

Bangunan setinggi setengah batu itu lebih tinggi 32 kaki daripada bangunan tertinggi pada masa ini, Burj Khalifa di Dubai. Biaya pembangunannya dijangkakan hanya separuh daripada kos pembinaan
Burj Khalifa.

Sky City diperkirakan akan menelan biaya sekitar £400 juta, jauh lebih kecil daripada biaya Burj Khalifa £940 juta yang memakan waktu lebih dari lima tahun untuk pembangunanannya.

Apabila bangunan ini terealisasi, maka sembilan daripada 10 bangunan pencakar langit tertinggi di dunia terletak di Asia.

Terletak  di atas tapak seluas 1 juta meter persegi dan menggunakan 200 000 ton baja, Sky City akan menjadi kota mini apabila siap nanti.

Broad masih menunggu persetujuan akhir dari pemerintah Cina. Mereka berharap proyek ini dimulai menjelang akhir Desember dan akan selesai sebelum April 2013.
[dailymail.co.uk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan