Home Klik Di Bawah

Ahad, 25 November 2012

Kenderaan eletrik Mitsubishi i-MiEV akan dilancarkan di Malaysia pada Disember 2012

Mitsubishi i MiEV Kenderaan eletrik Mitsubishi i MiEV akan dilancarkan di Malaysia pada Disember 2012
Menurut maklumat daripada sumber automotif tempatan baru-baru ini, Mitsubishi Malaysia dikatakan bakal melancarkan kenderaan eletrik Mitsubishi i-MiEV di pasaran tempatan dalam majlis yang akan diadakan dalam bulan Disember depan.



Dengan pelancaran itu, Mitsubishi i-MiEV akan menjadi model kenderaan eletrik pertama yang dijual secara komersial di pasaran Malaysia, dengan jangkaan ianya bakal diikuti oleh sebuah lagi model eletrik dalam masa terdekat selepas itu, Nissan LEAF.

Untuk makluman, Mitsubishi Malaysia sebelum ini telah mendaftarkan unit pertama i-MiEV di Malaysia dengan nombor pendaftaran WVY 159 . Setakat ini masih belum ada maklumat tepat berkenaan harga yang akan ditawarkan untuk i-MiEV.

arenakerata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan