Home Klik Di Bawah

Ahad, 18 November 2012

Kesihatan tubuh badan, hati, jiwa dan minda...

Pelbagai info mengenai kesihatan yang boleh kita dapat dari pelbagai sumber dari internet. Tidak hairan jika anda dapati ianya di ulang, di "copy" dan di "post" oleh ramai orang. Ianya bagi saya tidak salah selagi ianya memberi manfaat dan kebaikan malah memberi amal jariah berterusan kepada yang membuatnya. 
Antara info yang  banyak adalah mengenai makanan. Jenis-jenis makanan yang mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan. Antaranya adalah...
 
 
 
 
 
Buah Tamar atau Kurma 
Rempah dan halba
Buah tembikai
 Terdapat juga pilihan makanan untuk kesihatan otak mengikut cara Islam..

Info tidak semestinya memberi maklumat mengenai khasiat dan makanan yang baik. Terdapat juga info untuk anda mengetahui keburukan dalam pengambilan makanan yang sedap tapi tidak berkhasiat

Air merupakan keperluan yang wajib untuk tubuh badan selain makanan. Meminum air yang banyak amat baik untuk tubuh badan sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong dan di minum pada waktu yang perlu dan betul...
Rujukan kita sebagai umat Islam pula pastinya merujuk kepada cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w 
Selain info pemakanan terdapat juga info-info lain untuk menjaga kesihatan. Terdapat juga kaedah-kaedah serta larangan dalam aktiviti harian yang berkait rapat  dalam menjaga kesihatan tubuh badan yang sihat.

Terdapat juga maklumat mengenai tubuh badan yang memberi anda serba sedikit pengetahuan yang mungkin suatu masa nanti ianya amat berguna untuk anda atau pun orang lain.
Semua yang telah saya beri diatas adalah info penjagaan kesihatan untuk tubuh badan. Tubuh badan yang sihat tidak juga dapat menjamin kesihatan hati, jiwa dan minda anda... Hanya ada satu sahaja makanan untuk hati, jiwa dan minda...iaitu ayat-ayat Al-Quran.

Bacalah Al-Quran kerana ianya adalah makanan dan penawar sanubari anda....
Terima kasih kepada yang telah membuat semua info-info tersebut...semoga anda sentiasa sihat dan mendapat ganjaran dari Allah...  
rilkessmindablogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan