Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Selasa, 20 November 2012
Khasiat Makan Buah Sebelum Makan Berat
Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut
setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk
santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk
mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan
pemakanan setiap masa.
Dalam
majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir
sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan
dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan
makanan berat.
Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari?
Ini
adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang
menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan
untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke
otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan
kita merasa mengantuk.
Jadi,
sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan
mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat
meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum
makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu
kuat untuk menghasilkan insulin.
Selain
itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan
risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya
Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian
menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan
sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus
penyakit jantung koronari.
Seperti
buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu
akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu
sama juga digambarkan seperti perut kita.
Jika
makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses
nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam
untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi,
maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama
untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu
sebelum sempat dihadamkan.
Jadi,
eloklah kiranya kira menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan
buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan