Mine Kafon: Sfera Buluh Untuk Musnahkan Periuk Api Di Afghanistan:
Seorang designer dari Afghanistan, Massoud Hassani telah menghasilkan
inovasi pemusnah periuk api berbentuk sfera yang di buat menggunakan
buluh. Inovasi yang di kenali sebagai Mine Kafon ini di sokong dengan
penggunaan plastik tahan letupan yang di letakkan pada bahagian hujung
batang buluh ini.
Idea di sebalik penciptaan Mine Kafon ini ialah ketika
masih kecil Hassani telah melalui pengalaman menakutkan apabila
terpaksa berdepan dengan ratusan periuk api di kawasan padang permainan
dan ianya juga membahayakan nyawa kanak-kanak kecil yang lain. Mengikut
perkiraan terdapat hampir 10 juta periuk api telah di tanam ketika
pemerintahan Taliban dan nyawa kanak-kanak sememangnya menjadi taruhan.
Dengan adanya Mine Kafon ini Hassani mengharapkan ianya dapat
memusnahkan separuh daripada periuk api ini. Mine Kafon di kuasakan
dengan angin dan ianya akan di biarkan bergolek dalam tempoh yang
tertentu.
Informasi asal:Massoud Hassani/bucublog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan