Home Klik Di Bawah

Sabtu, 17 November 2012

Resepi Kek Kismis sedap dan gebu.


Resepi Kek Kismis sedap dan gebu.  La ni musim cuti sekolah........... Cuba buat  pasti tak rugi rasanya.. 







Bahan-bahan
280gm mentega
230gm gula
5 biji telur
200 gm tepung
1/2 sudu serbuk penaik
1 sudu makan susu tepung
sedikit perisa vanilla
250 gm kismis
60gm tepung jagung
Cara-caranya
  • Putar majerin dengan gula sehingga kembang dan keputihan warnanya.
  • Asingkan putih telur dan kuning telur.Pukul putih telur sampai naik.
  • Masukkan putih telur tadi ke dalam mentega yang sudah kembang tadi dan kacau sehingga rata. 
  • Kemudian masukkan pula kuning telur dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
  • masukkan serbuk penaik dan susu tepung
  • Masukkan pula tepung jagung dan kismis , gaul ia sampai sebati.
  • Bakar sehingga masak lebih kurang 40 ~ 50 minit , pada suhu 180'c.
  •  ciktiemah.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan