Home Klik Di Bawah

Jumaat, 2 November 2012

Resepi - Penang Char Kuey Teow

 
Penang Char Kuey Teow My Style

Bahan-bahan
 
 


Untuk Paste

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis ( saya guna kicap ABC heinz)
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow (  300 gm ni penyedian tuk 2 org jer....  so saya upkan 500 gm )
  • 1 sb cili boh ( saya tambah lagi  jadi 2 1/2 sb )
  • kerang ( 200 gm isi kerang segar )
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Pastikan api besar semasa memasak....Tumis lada boh hingga garing. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang.. Masukkan dlm 4sb paste td. ( saya masukkan separuh paste )..... Biasanya PCKT agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn. ( saya upkan 1 1/2 cwn utk lebih kuah )   ( kali ni saya guna 600 ml air, memang akan nampak mcm banyak air tapi jgn risau )
  4. Air didih masukkan kuey teow,  kucai, taugeh n kacau rata. Cepat2 pecahkan telur, kacau utk beberapa saat dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer.... kerana penggunaan api yg besor......
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh...... 
  6.  pangkin.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan