Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Ahad, 4 November 2012
Subhanallaah, Setiap Tahun 4 Ribu Rakyat Perancis Masuk Islam
Badan Statistik rasmi di
Perancis mendedahkan bahawa dalam satu tahun, ia mencatatkan ada empat
ribu warga Perancis yang masuk Islam. Hal ini sesuai dengan apa yang
ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.
Diumukan pula oleh para
ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga
Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam. Hal ini membuat Agama
Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya,
diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah
2900 orang dan Yahudi 300 orang.
Menurut para ahli
sosiologi Perancis, sebelum usia 15 - 20 tahun merupakan alasan utama
yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian
rohani mereka. Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam
adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.
Meskipun sejak dahulu
Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah
kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di
abad 20 dan 21telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan
komuniti muslim terbesar di Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan