Home Klik Di Bawah

Selasa, 6 November 2012

Tak Mahu Pergi Sekolah!



Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Karim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Karim? Karim? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Karim: Alah emak? Karim tidak mahu pergi ke sekolah!
 
 
 

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Karim berikan emak dua sebab mengapa Karim tidak mahu ke sekolah.

Karim: Semua murid-murid tidak suka Karim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Karim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Karim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Karim dua sebab mengapa Karim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Karim dengar baik-baik, pertama Karim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Karim PENGETUA SEKOLAH!!!


p/s: Sebab tu la budak-budak pun malas gi sekolah, pengetua pun liat nak bangun, hehehe…(^_^)…
 
 
seribupilihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan