Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Disember 2012

12 Jenis Perempuan Single..Korang Tergolong Dalam Yang Mana Satu?

.Assalamualaikum
M7aO7 12 Jenis perempuan single hari ini
             12 Jenis perempuan single hari ini

Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang menggiurkan, sapa yang tak nak kan? eh.  Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk .. Apa perasaan korang time tu ? Marah ? Kecewa ?.. Haa , nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle.. Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni.. 






- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove , seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:


1. Pencari Teman Hidup.
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.


2. Bangkit Semula.
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.


3. Tak Peduli.
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.


5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.


6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.


7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.


8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.


9. Ingin Perbezaan.
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.


10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.


11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.


12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.


p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri kerana secara logiknya, kisah hidup setiap orang sangat berbeza =D 
So , bagi korang yang single tu , korang dapat kategori yang mana ? hu3 :p
 .lyssasecret.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan