1. Wanita Kategori Liar
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk
dijauhi . Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya
menyeronokkan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan . Perasaan selalu
mencuba sesuatu yang bagus , tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud
sempadan . Kita teruja dengan kegilaannya tetapi kita tak sedar,
tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita Si Gula-Gula
Gadis
muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan
menyukai kewujudan kita . Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak
seperti seorang yang
mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang
penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu , gadis muda
seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada
dirinya.
3. Wanita Si Bom Jangka
Wanita
bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa
amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal. Dia kelihatan normal
luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini
bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi
kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
4. Wanita Si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk
mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata , lebih-lebih lagi
jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya
diri kita.
5. Wanita Si Penggapai
Penggapai
mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan
dia menyukai keadaan demikian , ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka ? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya
agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat
kewangannya gagal , dan kita
dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian
bersama.
6. Wanita Yang Tercedera
Hubungan
yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya
sepanjang masa . Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara
baginya untuk
memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang
perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah
buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari
ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
** Harap korang puas lah baca entri ni ye . Sekadar berkongsi
yssasecret.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan