Bunga matahari atau Helianthus annuus
yang berwarna kuning cerah tentu menambah keindahan taman atau kebun
anda. Namun, apakah bunga ini benar-benar menghadap ke arah matahari
seperti namanya?
Baik daun mahupun bunga dari bunga matahari bersifat heliotropis, iaitu, selalu mengikuti cahaya matahari.
Tanaman bunga matahari menyimpan auxin.
Auxin merupakan suatu hormon tanaman yang mengendalikan pertumbuhan.
Biasanya jumlah auxin lebih banyak di sisi yang jauh dari sinar
matahari. Itulah penyebab batang bunga matahari selalu tumbuh ke arah
cahaya itu.
Tetapi, bunga yang sudah mekar penuh
tidak lagi bersifat heliotropis. Meski demikian bunga matahari selalu
menghadap ke arah timur.
Saat ini, bunga matahari mempunyai nilai
ekonomi. Biji bunga matahari boleh digunakan untuk menghasilkan minyak
yang sangat bagus mutunya. Minyak tersebut boleh digunakan dalam
masakan, sos salad, dan margarin. Biji bunga matahari mempunyai nilai
gizi yang tinggi.
ohduniaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan