Home Klik Di Bawah

Sabtu, 29 Disember 2012

Gelisah


Gelisah ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuwatir, resah, tidak tenang, cemas atau risau.

Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. (Saidina Ali karramallahu wajhah)

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d di datangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut”
 
 


Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran.

Kedua, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Wallahu 'alam.
lenggangkangkungblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan