INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFO BANJIR | Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru laman web “Public InfoBanjir”
bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika
berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada musim
tengkujuh ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata sistem penyediaan maklumat ini
penting untuk memastikan orang ramai lebih bersedia dan peka ketika
menghadapi banjir terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang berisiko
tinggi. ”Dengan adanya informasi ini masyarakat dapat membuat persediaan
awal sebelum berlakunya banjir,” katanya kepada pemberita di sini, hari
ini.
Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad
Husaini Sulaiman berkata, sistem ini lebih memberi pendekatan kepada
masyarakat untuk lebih mengenali tanda-tanda banjir. ”Maklumat yang ada
pada laman web ini dibuat secara terus, bermakna masyarakat akan
mengetahui bila bencana banjir yang berlaku malah segala amaran ini akan
dikemaskini dari semasa ke semasa. ”Ini kerana terdapat sesetengah
kawasan yang berisiko tinggi dilengkapi dengan kamera yang dipasang
untuk memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat,” katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bencana banjir hanya perlu menaip ‘Public InfoBanjir‘
di internet malah turut terdapat di Facebook’ atau Twitter. Selain itu,
Ahmad Husaini berkata, MSMA edisi kedua adalah penambahbaikan kepada
satu manual untuk mudah dirujuk dan difahami oleh golongan perunding dan
jurutera yang terlibat dalam bidang sistem saliran bagi kawasan-kawasan
pembangunan. ”MSMA sebelum ini mempunyai 20 jilid kini… kita buat dalam
satu buku sahaja, dengan adanya edisi ke-2 ini lebih lengkap dan dapat
meningkatkan sistem saliran air negara,” katanya.
abgteror.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan