Kisah Wanita Tua Zaman Nabi Berulang Di Amerika
Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti
Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan
yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak
bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar.
Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa
kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa
siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari
Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New
York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi. Warga Sudan dan isterinya sering menyapa
dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi
itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi
keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah
tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu
dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya.
Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di
hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja.
Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya. Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu
kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada
jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut
jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa
juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan
keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik
perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan
tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita
tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui
ajal, menghadap Allah SWT. Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi
itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: www.suhaibwebb
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di
jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan
berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)
Islam menyeru umatnya berbuat baik
sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang
berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”
Wallahu’alam….hasnulhadiahmad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan