Beberapa kod sulit yang terdiri daripada
beberapa abjad sehingga ada yang mempunyai beberapa muka surat telah
menjadi bahan kajian ahli cipher(ahli pemecah kod rahsia) daripada
seluruh dunia. Kod-kod tersebut gagal dipecahkan dan ia menjadi misteri
sehingga ke hari ini.
Kod cipher amat berguna semasa dua Perang
Dunia pada awal abad ke-20. Kod rahsia ini menjadi tali hayat kepada
dua pihak bertelagah untuk menyampaikan sesuatu maklumat tanpa dapat
dikesan musuh. Samada Jepun, Jerman, Britain mahupun Amerika Syarikat,
masing-masing mempunyai ahli cipher yang terlatih. Mereka ini
bertanggungjawab untuk pecahkan kod yang telah dipintas dan pada masa
yang sama mencipta sejenis kod yang sukar dipecahkan oleh musuh mereka.
Sehingga ke hari, kod-kod rahsia ini
digunakan oleh kebanyakan agensi perisik daripada seluruh dunia. Mossad,
CIA, MI6 dan sebagainya, mereka berkomunikasi dengan cara unik yang
mana hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.
Kecanggihan kod sulit pada hari ini
walaubagaimanapun gagal memecahkan beberapa kod dan tulisan yang telah
tersenarai sepertimana di bawah.
Phaistos Disk
Cakera Phaistos ditemui buat pertama kali
pada tahun 1908 oleh seorang ahli arkeologi berbangsa Itali, Luigi
Pernier di Pulau Crete, Greece. Cakera Phaistos mengandungi 241 token
yang mana masing-masing mempunyai 45 simbol berbeza. Simbol-simbol
tersebut adalah simbol yang lazim ditemui hari ini seperti ‘lelaki
berjalan kaki’, ‘lelaki kepala botak’,’perisai’, ‘anak panah’ dan
sebagainya.
Cakera ini bersaiz lebih kurang 15cm dan
simbol-simbol tersebut mengelilingi cakera tersebut dalam bentuk
bulatan. Simbol-simbol pada Phaistos Disk sehingga ke hari ini tidak
diketahui maksud dan tujuan ia dibuat. Para saintis bertungkus-lumus
memecahkan kod dengan membandingkan higrolif daripada Mesir purba dan
Anatolia. Namun tetap juga gagal. Simbol yang terdapat pada Phaistos
Disk begitu sukar dipecahkan sehingga beberapa saintis menganggap ia
adalah hoax.
Walaubagaimanapun, ramai menafikan ia
adalah hoax kerana hasil pentarikhan karbon menunjukkan ia berusia
antara 1700 sehingga 1600 sebelum masihi.
Linear A
Tamadun Minoan di Pulau Crete dipercayai
terhapus sekitar tahun 2000 sehingga 1200 sebelum masihi. Tinggalan
tamadun ini boleh dilihat di Pulau Crete di Greece. Antara tinggalan
yang masih menjadi perdebatan selain daripada Phaistos Disk adalah
inskripsi yang digelar Linear A.
Ia ditemui hampir bersama-sama Linear B.
Pada 1952, Micheal Ventris berjaya menterjemahkan Linear B namun gagal
berbuat demikian untuk Linear A. Linear A mengandungi inkripsi dan
simbol yang unik yang mana 50 simbol adalah sama dengan yang terdapat
pada Linear B. Lain-lain simbol dan tulisan pada Linear A yang berjumlah
hampir ratusan itu adalah unik sehingga sukar diterjemahkan.
Saintis mendakwa Linear A adalah tulisan
awal sebelum berevolusi menjadi tulisan pada Linear B. Linear A
dipengaruhi oleh Hiroglif Crete yang berusia lebih daripada 1600 sebelum
masihi. Gelaran ‘linear’ diberi oleh Arthur Evan kerana bentuknya yang
bergaris dan linear berbanding inskripsi lain yang berbentuk tiga
dimesi(simbol makhluk).
Kryptos
Kryptos adalah sebuah tugu yang dibina
oleh pakar ukir berbangsa Amerika Syarikat, James Sunborn. Tugu Kryptos
terletak betul-betul di hadapan pejabat CIA di Langley, Virginia,
Amerika Syarikat. Tugu unik ini dibina pada 3 November 1990 dan selepas
daripada itu tugu ini terus menjadi perdebatan di seluruh dunia.
Tugu ini mengandungi 869 karakter yang
dipercayai mempunyai maksud tersirat. Pada tahun 1999, James Gillogly,
seorang jurutera komputer telah memecahkan kod tiga daripada empat
rangkap pada tugu Kryptos. Jumlah kesemuanya adalah 768 karakter dan ia
masih tersisa 97 karakter.
Tugu Kryptos yang didirikan di hadapan
pejabat CIA adalah metafora misteri tersirat dan penuh rahsia CIA dalam
menjalankan tugas untuk negaranya, Amerika Syarikat.
Bar Emas yang seberat 1.8 kg mempamerkan
imej-imej dan simbol yang langsung tidak difahami. Bar emas ini
kononnya dikeluarkan oleh seorang jeneral daripada Tanah Besar China
iaitu Jeneral Wang pada tahun 1933 untuk didepositkan kepada bank di
Amerika Syarikat.
Skrip dan kod tersebut sangat aneh dan
sehingga ke hari ini tiada siapa mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Transaksi yang dikatakan berjumlah $300,000,000.00 masih lagi menjadi
misteri.
Beale Cipher adalah tiga mesej yang
ditulis oleh seorang yang bernama Thomas Jefferson Beale. Kononnya,
Beale telah menanam dua gerabak penuh harta di satu lokasi rahsia di
sekitar Bedford County, Amerika Syarikat pada 1820. Sebuah mesej telah
dipecahkan namun baki dua lagi belum dapat dipecahkan. Baki dua mesej
dipercayai mengandungi mesej yang terperinci iaitu kandungan emas, perak
dan permata yang dikebumikan beliau. Dipercayai bahawa harta karun yang
ditanam oleh Beale kesemuanya berjumlah USD$ 50 juta.
Sehingga ke hari pelbagai usaha dilakukan
untuk memecahkan baki dua mesej namun tetap gagal. Tidak kurang daripad
mereka mengatakan bahawa ia adalah hoax dan hasil usaha Beale untuk
memperdayakan orang ramai.
Voynish Manuscript adalah naskah paling misteri yang pernah ada di
dunia. Dipercayai ditulis pada abad ke 15 atau ke-16, naskah ini
mempunyai 240 halaman yang dipenuhi dengan tulisan dan lukisan pelbagai
jenis tumbuhan herba. Diberi nama Voynish Manuscript kerana seorang yang
bernama Wifrid Voynish membeli naskah misteri ini pada 1912.
Voynish Manuscript pernah menarik minat
kriptografer daripada Britain dan Amerika Syarikat pada Perang Dunia
Kedua. Terkenal dengan kehebatan memecahkan pelbagai kod rahsia Jepun
dan Jerman semasa Perang Dunia Kedua, namun mereka tetap gagal
memecahkan rahsia tersembunyi di dalam Voynish Manuscipt.
Hari ini, naskah ini didermakan kepada
University of Yale dan diletakkan di perpustakaan tersebut dengan kod MS
408 di dalam kategori Naskah Cipher.
The Dorabella Cipher adalah sepucuk surat yang ditulis oleh composer
yang bernama Edward Elgar kepada Miss Dora Penny pada 14 Julai 1897.
Namun, surat tersebut bukan sahaja tidak difahami Penny malahan seluruh
masyarakat dunia sehingga ke hari ini tertanya-tanya apakah isi
kandungan surat tersebut.
Surat tersebut terdiri daripada 87
karakter dan mempunyai tiga baris. Daripada terdiri daripada 24 abjad
yang masing-masing mempunyai bentuk berpilin.
Usaha untuk menterjemahkan surat ini
pernah dilakukan oleh seorang ahli muzik bernama Eric Sam pada tahun
1970 dan Richard Henderson pada tahun 2011. Namun, usaha mereka tidak
memuaskan dan surat ini masih lagi gagal difahami sehingga ke hari ini.
Taman Shud
Kes Taman Shud mungkin antara kes paling misteri di dunia. Seorang
lelaki tanpa kad pengenalan ditemui mati di pantai Somerton di Adelaide,
Australia pada pagi 1 Disember 1948. Lelaki itu ditemui memakai baju
sejuk(sweater) dan mantel miskipun pada waktu tersebut musim panas.
Bersama-sama lelaki tersebut terdapat secebis kertas daripada buku
tulisan Omar Khayyam iaitu Rubaiyat dan dibelakangnya tertulis
seakan-akan rangkap kod sulit. Misteri lelaki yang digelar Somerton Man
tersebut berterusan sehingga memaksa Scotland Yard terbang ke Australia
untuk menyiasat sendiri kes tersebut.
Misteri Kes Taman Shud mendapat liputan
meluas dan sehingga ke hari ini kes tersebut gagal diselesaikan. Kod
rahsia milik Somerton Man turut sama gagal dipecahkan.
Shugborough Inscription
Shugborough Inscription adalah ukiran
tulisan yang diacah pada tugu batu di bawah imej cermin lukisan Nicholas
Poussin di Shepherds Arcadia berhampiran Shugborough Hall di
Staffordshire, England.
Ramai pengkaji mendakwa bahawa Poussin
adalah salah seorang daripada ahli organisasi rahsia, Priory of Zion.
Ukiran yang mempunyai abjad O-U-O-S-V-A-V-V dikatakan memberi pembayang
kepada tempat simpanan Holy Grail yang dikatakan milik Jesus Christ.
Sepertimana lain-lain cipher, kod
tersebut cuba dipecah namun tetap gagal. Antara yang cuba untuk
memecahkan kod tersebut adalah Morchard Bishop pada 1950, A.J. Morton
pada awal abad ke-19 dan Steve Regimbal.
takkusahrisaublog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan