Ketua Paderi Peter Turkson |
Klip video yang mengambil masa tayangan selama tujuh minit itu bertajuk
“Muslim Demographics” dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam
perhimpunan antarabangsa pada hari Isnin lalu (15/10/2012), iaitu
selepas dua hari Ketua Paderi Peter Turkson menayangkannya dalam satu
acara perbincangan bebas.
Turkson merupakan warganegara Ghana yang menetap di Vatikan dan dilantik
sebagai Presiden Dewan Keadilan dan Keamanan merasa cemas dengan
perkembangan tersebut dan mahukan perasaan yang sama dikongsikan dengan
lebih ramai para paderi.
“Ketika kami tiba pagi ini, saya disoal beberapa kali, siapakah yang
merancangkannya? Siapakah di belakang semua itu?” Terang Pasto Thomas
Rosica dalam taklimatnya kepada para wartawan yang tidak dibenarkan
membuat liputan sepanjang perbincangan para paderi.
Menurutnya, klip video tersebut telah mencetuskan perbincangan hangat
dalam persidangan yang berlangsung selama tiga minggu dan seorang uskup
bercadang untuk membantah tindakan Turkson dengan mengemukakan satu
laporan khas mengenainya.
Klip video tersebut membangkitkan perbincangan yang besar dan panjang
dalam acara yang dihadiri oleh seramai 262 uskup seluruh dunia, kerana
para uskup tetap memberikan perhatian yang serius mengenai
kebimbangannya bahawa jumlah penganut Islam pada suatu hari nanti
menjadi penduduk majoriti di beberapa buah negara Erropah.
Klip video tersebut telah mula disiarkan oleh seseorang yang menggunakan “anonym” pada tahun 2009 telah ditonton lebih 13 juta kali.
Klip itu menggunakan skor muzik yang cemas manakala paparan mesejnya
adalah perangkaan populasi penduduk Islam yang didakwa kian bertambah di
beberapa buah negara Eropah dan dalam 39 tahun lagi, Perancis bakal
menjadi sebuah Republik Islam.
Berdasarkan data kadar kesuburan di Perancis, secara puratanya wanita
Perancis memiliki 1.8 orang anak berbanding wanita Islam Perancis dengan
purata 8.1 anak.
Bagaimanapun, data tersebut merupakan unjuran dan ramalan beberapa pihak
yang berusaha menimbulkan rasa cemas dalam kalangan masyarakat pelbagai
agama di Perancis memandangkan negara itu berusaha tegas untuk
melenyapkan beberapa ikon yang boleh dikaitkan dengan Islam.
Perancis sebenarnya tidak mengumpullkan statistik kadar kesuburuan berdasarkan agama.
mahatera.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan