Home Klik Di Bawah

Jumaat, 28 Disember 2012

Resepi - Taufu Sos Tiram

 
 

Kalau nak tambah bahan tambah double ok gak!! marilah rajin2 join!!

 

 

 

 

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping taufu
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan air
  • beberapa titik kicap pekat
  • sedikit gula
  • 1sb udang kering - sangai & kisar halus
  • bawang goreng
  • daun bawang
  • beberapa titik minyak bijan
  • sayur campur - kita guna yg frozen tu aje

Cara-cara

  1. Tumbuk halus bawang putih. Dalam mangkuk campurkan bawang putih,sos tiram,air,kicap pekat dan gula. Gaul biar sekata. Tambah garam jika terkurang masin.
  2. Letakkan taufu dan sayur campur ke dlm bekas tahan panas.Curah bahan no.1 di atas taufu & sayur campur, kukuslah selama 10 minit.
  3. Keluarkan dari kukusan,taburkan daun bawang, bawang goreng & udang kering. Curahkan sedikit minyak bijan ke atasnya.Sedap makan time panas2 :)
  4. *** Dlm gambar takda daun bawang...
  5.  resepitabloid.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan