Home Klik Di Bawah

Isnin, 24 Disember 2012

Selebriti Terkenal yang Buta Huruf(Disleksia)!

Pernahkah pembaca mendengar penyakit Disleksia?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Dalam erti kata yang lain, Disleksia boleh disebut juga sebagai buta huruf. Disleksia bagaimanapun bukannya suatu penyakit dan dengan itu tiada ubat khas untuk mengubatinya namun penghidap Disleksia boleh memilih untuk memasuki kelas khas bagi mengurangkan masalah ini. Di Britain sahaja setakat ini sebanyak 10% populasi rakyatnya menghidap Disleksia dan bergitu juga di negara-negara maju yang lain.





Ini bermakna, kempen kerajaan Malaysia untuk membasmi 100%  buta huruf(Disleksia) amat-amat mustahil kerana sekurang-kurang sebanyak 4% purata rakyat sesebuah negara akan menghidap Disleksia.! Dengan itu, amatlah penting untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu pertubuhan khas bagi penyakit Disleksia seperti yang dibuat oleh Britain dengan Britain Dyslexia Association bagi berkempen untuk memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai Disleksia.

Disleksia adalah satu jenis masalah yang unik kerana penghidapnya bukannya seorang yang mempunyai kecacatan otak atau fizikal. Mereka berkebolehan berfikir dengan normal dan melakukan aktiviti harian sepertimana individu yang lain. Disleksia selalu disalah-anggap sebagai Afasia. Afasia adalah penyakit saraf yang merencatkan terus kebolehan seseorang dalam komunikasi.

Penghidap Disleksia kekadang tidak boleh membezakan sesuatu gambar dalam keadaan terbalik atau tegak. Terdapat penghidapnya tidak boleh membaca perkataan yang terlampau panjang. Namun, mereka tidak boleh dianggap bodoh atau dungu. Otak mereka cuma tidak mampu memproses maklumat secara normal sepertimana manusia biasa. Sebenarnya, inilah anugerah Allah swt kepada mereka kerana berkebolehan memproses maklumat dalam keadaan yang agak berlainan daripada manusia biasa.

Kerana anugerah Allah swt inilah ramai insan di bumi Allah swt ini muncul sebagai manusia terkenal malah terdapat beberapa penghidapnya muncul sebagai pelakon terkenal, pencipta alat sofitikated, dan sebagainya yang mana ia mustahil untuk dibuat oleh manusia-manusia normal.!

Dengan itu, pembaca boleh ikuti satu persatu senarai insan yang menghidap Disleksia:

1.         Scott Adam
Scott Adam atau nama sebenarnya Scoot Raymond Adams adalah pencipta watak kartun Dilbert. Kartun Dilbert yang dicipta Scoot Adam adalah kartun jenis pendek yang biasa muncul dalam surat khabar dan majalah-majalah. Kartun Dilbert ini kebiasaanya berunsur humor dan satira tentang alam perkerjaan kolar biru. Kartun ini muncul buat kali pertama pada 16 April 1989 dan sejak itu ia mengorak langkah perlahan-lahan hingga muncul dalam 2000 surat khabar di 65 negara dengan 25 bahasa berbeza.

Dilbert amat popular sehingga ramai kartunis di luar Amerika Syarikat terikut-ikut dengan gaya humor dan satiranya.

Beliau yang dilahirkan pada 8hb Jun 1957 telah didiagnos menghidap Disleksia sejak beliau masih berkerja di bank yang mana selalu menghadapi masalah untuk mengembalikan wang dengan betul.

Selain Disleksia, beliau juga menghidap Focal Distonia yang memberi kesan dalam melukis dan Spasmodic Dysphonia yang memberi kesan kepada percakapan beliau. Rawatan yang berterusan akhirnya dapat mengubati penyakit beliau ini miskipun tidak berkebolehan untuk menjerit.

Scott Adam 

2.        Muhammad Ali
Siapa yang tidak kenal Muhammad Ali, peninju yang berkarisma ketika era kegemilangannya pada 1970-an. Malah peminat-peminat mesti mengingati satu persatu pertarungan beliau termasuklah dengan Joe Bugner di Malaysia bukan?

Namun, apa yang masih tidak diketahui oleh ramai pembaca adalah Muhammad Ali adalah penghidap Disleksia sejak daripada kecil sehingga hampir tidak dapat menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Ironinya, anak beliau, Laila Ali juga menghadapi Disleksia sepertimana beliau.Muhammad Ali juga menghidap Parkinson.

Muhammad Ali

3.        Harry Anderson
Harry Anderson adalah pelakon dan ahli silap mata yang terkenal ketika era 80-an. Karier beliau dalam bidang lakonan memuncak ketika memegang watak sebagai hakim Harry Stone dalam siri televisyen era 80-an, Night Court. Beliau disahkan menghidap disleksia sejak daripada bangku sekolah lagi.

Harry Anderson

4.        Tim Amstrong
Gitaris daripada band punk rock/ska Amerika, Rancid ini juga salah seorang penghidap Disleksia. Band yang menjadi idola kepada banyak band-band indie tanahair ini turut dianggotai oleh Lars Frederiksen(vocal/gitaris), Matt Freeman(bass/vocal), Branden Steineckert (drum). Beliau juga bergiat cergas dalam bidang penulisan lirik dan rakaman album artis-artis terkenal seperti Pink, Union 13, AFI dan sebagainya. Ironi sekali apabila beliau ini adalah penghidap Disleksia.

 5.        Alexander Graham Bell
Pencipta telefon ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Namun ia tidak bermakna beliau tidak boleh berjaya sebagai seorang saintis dan jurutera. Untuk pengetahuan anda, isteri beliau adalah penghidap pekak.

Alexander Graham Bell

6.        Billy Blanks
Billy Blanks adalah pencipta senaman aerobic Tae Bo yang menjadi ikutan ramai selebriti Hollywood seperti Paula Abdul. Tae Bo adalah senaman yang mengabungkan seni pertahanan diri Karate dan senaman aerobik. Namun, ia tidak bertujuan untuk seni mempertahankan diri. Dalam senaman Tae Bo tiada langsung unsur-unsur pergaduhan mahupun pertarungan. Diakui oleh pakar kesihatan,Daniel M. Landers daripada University of Arizona bahawa senama aerobik Tae Bo ciptaan Billy Blanks amat bagus untuk kardiovaskular, tekanan darah, penghadaman dan juga kesihatan mental.Billy Blanks juga pernah muncul pelakon dalam beberapa filem bajet rendah.

Billy Blanks

7.         Orlando Bloom
Percayakah anda bahawa pelakon kesayangan anda ini penghidap Disleksia?
Percayalah bahawa beliau adalah juga salah seorang daripada ribuan penghidap Disleksia. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana berkata,
Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.

Orlando Bloom

8.        Laura Flynn Boyle
Laura Flynn Boyle pernah muncul dalam drama The Practice daripada 1997 hingga 2003. Aktres yang lahir 24hb March 1970 juga pernah muncul dalam filem pecah panggung tahun 1980-an, Poltergeist III (1988) sebagai Donna Gardner.

Lara Flynn Boyle

9.        Richard Branson
Pengasas jenama Virgin ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Kelihatan mustahil bukan?
Richard Branson atau nama sebenarnya Sir Richard Charles Nicholas Branson telah diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai individu ke-261 terkaya di dunia dengan kekayaan bersihnya menghampiri £2.6 Billion pada tahun 2009.

Richard Branson

10.      Erin Brockovich
Selepas filem lakonan Julia Roberts yang mengisahkan hidupnya, Erin Brockovich terus melonjak naik namanya di mata dunia. Filem ini berjaya membawa tuah kepada Julia Roberts apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik dalam Academy Awards. Ironinya dalam filem ini adalah Erin Brockovich sendiri muncul comeo sebagai pelayan tetamu dengan nama Julia R.
Erin Brockovich dipercayai menderita penyakit Disleksia sejak kecil namun hanya didiagnos baru-baru ini.

Erin Brockovich


~Artikel ini dirujuk di www.bdadyslexia.org.uk dan www.dyslexia-teacher.com
Tim Amstrong
TAKUSAHRISAUBLOGSPORT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan