Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Jumaat, 14 Disember 2012
Subhanallah, Tumbuhan Juga Menangis
Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan (makhluk) tertawa dan menangis, "(Surah An-Najm: 43).
Daun adalah salah satu
tanaman yang Allah jadikan bahagian khusus untuk menangis. Melalui
saluran khas daun ini mengeluarkan bahan-bahan seperti air mata. Para
saintis mengagumi tindak balas tumbuhan ini. Bagaimana terjadinya proses
ini dan apa alasannya di sebalik itu?
Ya...ini merupakan salah satu tanda kebesaran Allah dalam tumbuhan. Bukankah Allah Tuhan Yang Maha Kuasa telah berfirman: "dan bahwasanya Dialah yang menjadikan (makhluk) tertawa dan menangis," (Surah An-Najm: 43)
Juga di ayat yang lain Allah berfirman: "dan tidak ada suatu pun
melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham akan
tasbih mereka," (Surah Al-Isra ': 44).
Fakta Ilmiah
Kini, dunia ilmiah mendapati bahawa tumbuhan juga mempunyai aktiviti
pemikiran taraf tinggi. Satu penemuan yang paling terkenal dan
berpengaruh adalah pada tahun 1960-an, seorang ahli elektronik CIA
Amerika yang bekerja dalam bidang ujian pembohongan.
Dia menggunakan dua kutub instrumen elektrik yang disambungkan ke tubuh
manusia melalui garis lengkung instrumen elektronik, ianya dapat
menganalisa sikap mental manusia. Pada awalnya, dia sama bukan lah
bekerja berkaitan dalam bidang tumbuhan tetapi kajiannya terhadap jiwa
tumbuhan cuma kebetulan.
Ketika pada tahun 1966, suatu hari dia menyiram tumbuhan di taman
rumahnya dan pada ketika itu dia terfikir untuk menyambung alat
pengesanan penipuan pada tumbuhan bagi melihat bagaimana reaksi tumbuhan
itu. Dia menyambungkan alat pengesanan penipuan pada tumbuhan,
kemudiannya dia menyiram air pada tumbuhan tersebut.
Apa hasilnya? hasil yang diperolehi membuatkannya terkejut kerana garis
lengkung elektrik yang dipaparkan alat elektronik ini tidak seperti
tekaannya.
Didapati garis lengkung elektrik mengarah ke bawah, menggambarkan satu
siri garis lengkung berbentuk gergaji yang rumit. Oleh kerana dia
sendiri bekerja sebagai pengkaji jiwa manusia, dia tahu apabila orang
sedang gembira akan ada reaksi seperti ini.
Maka, apabila dia mengetahui pada tumbuhan ini berlaku garis lengkung
mengarah ke bawah, dia merasa sangat gembira. Dia merumuskan apabila
sebatang tumbuhan boleh bertindak balas ketika disirami air, tentunya
terdapat reaksi positif bagi tumbuhan. Dia sangat gembira dan terus ke
jalan raya lalu melaung tumbuhan mempunyai perasaan, dan juga fikiran!
Maha Suci Allah yang telah menjadikan tanda kebesaran dan keesaan-Nya dalam segala sesuatu.
Diterjemahkan dari sumber islampos / miracle of quran/detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan