Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Disember 2012

Tips | Ciri Pemilihan Broadband



Pasti ada antara kita yang agak pening untuk memilih Telco mana yang terbaik untuk langganan Broadband.. Mana tidaknya, untuk memilih broadband kita perlu  mengambil kira beberapa perkara atau ciri yang mesti di fikirkan sebelum membuat keputusan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati berlaku setelah kita melanggan .Ini adalah antara ciri yang saya fikirkan sebelum memilih perkhidmatan Broadband :

1. Pakej Harga Broadband
 
Bab harga untuk Postpaid broadband perlu di ambil kira bagi mengelakkan bajet bulanan lari sehingga tidak mampu bayar. Jika anda pelajar sebaiknya memilih broadband harga kurang daripada RM50 sebulan.
 
 
 
 

2. Pemilihan Internet Quota Broadband.
 
Internet quota berdasarkan pakej Harga yang di ambil. Jika murah harga bulanan maka Internet quota pun semestinya rendah antara 3GB or 4GB. Jika anda memilih Internet quota tinggi maka harga pun tinggi. Ianya bergantung penggunaan anda terhadap internet. Jika untuk download dan tonton video sebaiknya Internet quota tinggi. Jika sekadar layari internet dan bersosial sekadar Internet quota rendah.
 


3. Broadband Coverage
 
 Broadband Coverage adalah 
Yang paling penting. Hendak beli broadband kena tahu sama anda kawasan anda ada Coverage untuk Telco ini atau tidak. Jangan fikir untuk 1 kawasan tempat tinggal sahaja, fikirkan juga kawasan rumah parents dan tempat berkaitan. Jika tidak, rugi sahaja jika tidak dapat guna ditempat yang bakal dituju..
 

4. Pembayaran Bill
 
Tempat pembayaran bill semestinya mudah. Pembayaran mestilah boleh dibayar di Agen berdaftar, Pejabat Pos, Kedai Tenaga atau melalui Perbankan Internet. Jika kaedah pembayaran sukar, dinasihatkan supaya tidak mengambil Broadband dari Telco tersebut kerana kemungkinan berlaku permasalahan untuk bayaran berikut.
 

p/s - Sekarang ini banyak Telco telah muncul dan memberi perkhidmatan Broadband yang sangat terbaik. Apa yang perlu kita lakukan sebagai pengguna adalah bijak memilih bagi mengelakan ketidakpuasan hati.

 
 syndromania.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan