Home Klik Di Bawah

Sabtu, 5 Januari 2013

5 Jenis Snek Baik Untuk Rambut

gaya, rambut, vino, yang, menjadi, trend

Apa? ingat rambut pun tak boleh nikmati snek ke? Rambut ni penting tau bagi seorang yang bergelar wanita. Tak kisah lah yang bertudung atau tidak. Bukan sahaja wanita, lelaki juga pentingkan rambut, kalau tidak tak adalah nak pergi saloon nak potong rambut ikut ala-ala k-pop.... dari dok cakap banyak, korang rasa apa snek yang bagus untuk rambut ? Kalau nak tahu, baca nie...
1. Kacang Badam - dilengkapi dengan Vitamin E, yang membantu peredaran darah yang lebih lancar pada kulit kepala.
2. Pisang - mengandungi asid amino (tryptophan), salah satu asid amino yang penting dalam pertumbuhan rambut dan untuk tubuh badan manusia. Ianya tidak dapat dihasilkan oleh sistem badan sendiri jadi kita perlu makan untuk mendapatkannya! Potassium dalam pisang membantu dalam kelembutan rambut.
3. Kismis - kaya dengan zat besi, kismis membantu dalam pengaliran oksigen ke dalam salur darah, sekaligus membawa kepada pertumbuhan rambut yang sihat melalui kulit kepala yang sihat.
4. Prun - Satu lagi sumber zat besi yang banyak, dan membantu dalam mengelakkan rambut tampak kurang subur, bersinar dan tak bermaya.
5. Susu lembu / kambing asli - Susu daripada lembu atau kambing yang asli mengandungi Vitamin A dan B12. Ia juga mengandungi biotin, salah satu bahan asas protein yang membantu dalam memperkuatkan rambut.
izwaniblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan