Home Klik Di Bawah

Khamis, 3 Januari 2013

Cuaca Ubah Rasa Air Laut


Sekumpulan nelayan menangkap ikan di Lautan Pasifik berhampiran Pelabuhan Chimbote, Peru. - Foto REUTERS

California : Satu kajian saintifik yang dijalankan mendapati air di lautan dengan kandungan garam tinggi kini semakin masin, manakala air di lautan yang kurang garam pula semakin tawar.
Apa yang menyebabkan perubahan dalam paras kandungan garam dan apa atau siapa yang bertanggungjawab adalah masalah yang masih dikaji penyelidik. 




Kandungan garam memainkan peranan penting dalam kitaran air antara permukaan bumi dan atmosfera dan sekali gus cuaca pada peringkat global. 

Pasukan penyelidik dari Institut Oseanografi Scripps di La Jolla, di sini, dan Makmal Nasional Lawrence Livermore, menggunakan model meliputi 11,000 tahun dan data dari 50 tahun moden, membuat kesimpulan perubahan dalam paras kandungan garam dan suhu sudah pasti disebabkan aktiviti manusia.

Kajian mendapati perubahan ini tidak semata-mata berpunca daripada kitaran alam semula jadi. Sebahagiannya akibat perbuatan manusia sendiri, kata salah seorang penyelidik, David Pierce.
Keadaan perubahan itu bergantung di mana saintis lautan membuat kajian, katanya.

Keadaannya berbeza di seluruh dunia. Atlantik semakin masin sementara Pasifik, terutama Pasifik utara dan barat tropika Pasifik, semakin tawar. Perubahan sejak 50 tahun lalu adalah kira-kira 0.2 psu (unit kemasinan praktikal) iaitu kira-kira 0.5 peratus.

Lautan Atlantik biasanya lebih masin berbanding Pasifik, kerana angin meniup air bebas garam tersejat dari Atlantik ke Pasifik, kebanyakannya di Isthmus Panama.

Kajian mereka diterbitkan bulan lalu dalam Nota Penyelidikan Geofizikal.

Lautan membentuk 71 peratus permukaan bumi. Kemasinan air laut didorong fenomena sejatan, hujan dan aliran sungai ke dalam laut. Mekanisme rumit itu dikaitkan dengan suhu udara dan air.
Pierce dan rakannya mendapati bahawa perubahan dalam paras kemasinan air laut bergantung kepada kitaran itu.

Penyelidik mengambil rekod air masin dan suhu dari 1955-2004 yang mengukur 701.04 meter bahagian atas di garisan Khatulistiwa serta lauttan sederhana. Data itu paling kuat untuk 25 meter bahagian atas, kata Pierce. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan