Home Klik Di Bawah

Khamis, 3 Januari 2013

Gelaran-Gelaran Kemuliaan Dalam ISLAM..

Di dalam masyarakat Islam, terdapat beberapa gelaran mulia yang biasanya dipakai untuk menghormati golongan yang berilmu , berakhlak mulia dan baik hubungannya dengan Allah Taala dan bergitu juga sesama makhluk.

Golongan-golongan seperti Rasul, Nabi, para wali dan alim ulama mendapat keutamaan untuk mendapat gelaran ini. Ada pendapat mengatakan bahawa gelaran yang lazim berada di belakang nama adalah doa untuk golongan-golongan tersebut. Manakala gelaran yang lazim berada di hadapan nama adalah tidak lain untuk memberi penghormatan kepada golongan tersebut.




Di antara gelaran-gelaran itu ialah :

1.         “Radhiyallahu ‘Anhu“ ~ Ertinya : Semoga Allah meredhai mereka.

Gelaran pertama ini adalah untuk Para Sahabat ( r.a ) dan mereka yang telah jelas menjadi manusia yang diredhai oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Quran Al-Karim , mahupun Sunnah.

2.         “Rahimahullah“ ~ Ertinya : Semoga Allah merahmatinya .

Gelaran kedua pula , umum untuk seluruh umat Islam yang berpegang-teguh dengan ajaran Islam dan telah pun meninggal dunia . Orang-orang Melayu biasanya menyebutkannya sebagai “ Allahyarham “ , yang maknanya sama dengan “ Rahimahullah “ ataupun “ Rahmatullah ‘Alaih “ dan “ Almarhum “ ( biasanya lafaz ini untuk raja-raja menurut kebiasaan orang Melayu , tetapi bagi orang-orang Indonesia , lafaz ini boleh juga untuk golongan ulama’ yang dihormati yang telah meninggal dunia).

3.         “Karramallahu Wajhah“ ~ Ertinya : Semoga Allah memuliakan wajahnya .

Gelaran ketiga , digelarkan khas kepada Saidina ‘Ali Bin Abi Talib.

4.         “Qaddasallahu Sirrah“ ~ Ertinya : Semoga Allah mensucikan rahsianya.

Gelaran keempat ini biasanya diberikan kepada mereka yang alim di dalam bidang Tasawwuf ( yang sahih ) ataupun bagi mereka yang telah mencapai maqam wali Allah Ta’ala , contohnya ianya diberikan kepada Imam Al-Ghazali ( rh ) .Golongan Syi’ah juga menggunakan gelaran ini bagi imam-imam mereka yang telah meninggal dunia.

5.         “Ghafarallahu Lah“ ~ Ertinya : Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya .

Biasanya digunakan oleh ulama’ – di dalam pendahuluan dan penutup sesebuah kitab klasik – sebagai doa agar diampuni dosa-dosa mereka dan ibu-bapa serta seluruh muslimin

6  “Al-Imam“ ~ Ertinya : Pemimpin/Ketua .

Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang seiring-sekata dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah , khasnya bagi mereka yang telah berjasa besar kepada umat Islam.


7.         “Alaihis salam” ~ Ertinya : Kesejahteraan ke atasnya

Gelaran ini khas untuk para Nabi dan Rasul. Ia adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu apabila menyebut nama para Nabi dan Rasul, akan disertakan terus panggilan ‘Alaihis salam’.Namun bergitu, puak Syiah khususnya mazhab Syiah Imamiah menggunakan gelaran ini di belakang nama imam-imam mereka yang pada anggapan mereka paling banyak berjasa dan paling alim. Mereka mengganggap imam mereka adalah maksum yang setaraf dengan para Nabi dan Rasul dan ia berlawanan dengan pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

8.         “As-Syahid” ~ Ertinya: Seseorang yang mati syahid menegak syiar Islam

Gelaran ini khusus untuk para syahid yang meninggal dunia semasa berperang menegak syiar Islam.

9.         “Al-‘Allamah“ ~ Ertinya :      Seorang yang mempunyai ilmu yang banyak dan luas.

10.       “Asy-Syeikh“ ~ Ertinya : Tuan Guru

Gelaran ini khusus untuk para alim-ulama yang berjasa kepada masyarakat. Alim ulama ini menjadi guru kepada ramai anak murid. Kebiasaannya, gelaran ini diberi kepada alim ulama membuka sekolah pondok mahupun pasentren.

11        “Al-Fadhil“ & “Fadhilah“~ Seorang yang mempunyai kelebihan .

Gelaran ini adalah gelaran am dan ia lazim digunakan untuk menghormati para ustaz, para alim ulama serta muhsyid semasa diundang ke dalam sesuatu majlis.
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan