Home Klik Di Bawah

Rabu, 30 Januari 2013

Jin Rasuk Kawan Ikut Balik Rumah

Nak cerita apa yang terjadi pada aku dan kawan-kawan rapat aku, pada bulan June 2012.
Aku tinggal bujang bersama 2 rakan yang lain di sebuah condo kawasan KL. Area ni memang terkenal, banyak condo dan apartment tinggi-tinggi.
 
 
Kami satu rumah ada kenal seorang kawan, gelarkan dia sebagai Hafez bukan nama sebenar. Hafez duduk seorang diri di sebuah condo di area KL juga, on the other side of KL (ke arah Mont Kiara sana). Dulu kitorang duduk sekali tapi dia move out sebab nak duduk sorang-sorang, dapat sewa condo dengan murah katanya. Bila dia dah move out kitorang dah jarang lepak sekali, jumpa pun kadang-kadang sahaja.
 
 
 
 
Pada suatu malam di bulan June, aku sorang-sorang di rumah. Mulanya aku tak tahu pun yang aku sorang-sorang sebab biasa aku balik kerja terus masuk bilik. Housemates either melepak kat luar atau dah tidur. Kami memang jarang jumpa kalau working days. Sebenarnya housemate seorang kerja shift malam, seorang lagi balik rumah makcik dia persiapan kenduri kahwin sepupu. Diorang takde bagitahu aku pun, sebab kitorang memang tak penah bagitahu kalau tak balik rumah. 
 
Walaupun penat bekerja, biasa around 12am atau 1am aku baru bam bam. Tapi hari ni aku macam penat sangat, balik rumah pukul 10pm terus tidur dan lupa nak silent kan phone. Around 11pm macam tu tiba-tiba aku dapat panggilan dari Hafez. Aku ignore kan saja, sebab biase mesti dia ajak teman dia lepak minum so sebab aku dah mamai sangat-sangat aku ignore kan phone call tu, silent kan phone dan terus tidur.
 
Around 12am aku terjaga balik, sebab nak ke toilet nak terkencing. hehe. Lepas ke toilet memang dah jadi tabiat aku akan check handphone dulu. Aku dapat berpuluh miss call (well....maybe tak sampai berpuluh la...tp dalam 20 tu ada jugak kot) dan satu SMS dari Hafez. SMS dari dia tu tak mencurigakan pun.. "Adik bukak lah pintu, Hafez ada kat luar ni". Since SMS tu di hantar sejam yang lepas, dan panggilan terakhir aku dapat pun dah 30min lepas, aku assume mesti housemate aku dah buka kan pintu untuk dia. So aku malas nak call dia balik dan aku terus sambung tidur. Aku masih tak tahu aku sorang-sorang kt rumah malam tu.
 
Keesokan hari aku ke ofis, mula-mula sekali aku call Hafez, minta maaf sebab tak angkat call dan reply SMS dia semalam. Dia jawab macam nak tak nak je, maybe sebab dia marah, atau maybe sebab dia nak breakfast. 
 
Lepas beberapa ketika, housemate aku Azri telefon, dia cakap dia dengan Hafez tengah breakfast kat Bangi. Aku pun pelikla, sebab kitorang duduk kat KL, Azri kerja kat KL, Hafez pun kerja kat KL....awat jauh benor breakfast sampai ke Bangi. Aku tanya, dia jawab nanti dia cerita. Aku takde curiga apa-apa lagi time tu.
 
Aku kat ofis biasa memang balik lewat. Hari tu aku plan nak balik around 10pm. Around 9pm housemate aku sorang lagi Sasha whatsapp "kol berapa nak balik hari ni? semalam Hafez datang nasib baik kau tak bukak pintu". Aku pun dah pelik, kenapa pulak housemate aku cakap macam tu. Hafez tu kawan kitorang dari zaman study lagi. Aku pun terus call dia.
 
Rupa-rupanya Hafez datang semalam datang dalam keadaan meracau. Kitorang kawan-kawan memang tahu dia ambil benda yang tak baik. Selalu nasihatkan dia, tapi dia tak dengar. Lately dia ada masalah duit, so dia dah kurangkan sikit and bila kitorang last keluar lepak sama-sama in May 2012 dia cakap dia dah few weeks sober. Alhamdulillah walaupun kita 50-50 nak percaya ke tidak. 
 
Malam kejadian Hafez datang dalam keadaan meracau. Dia datang rumah aku, guard bagi dia masuk sebab guard dah kenal sebab dia selalu datang. Satu jam dia duduk depan rumah aku mintak bukak pintu tp since aku tidur dan housemate lain takde kt rumah, dia call kawan kitorang yang satu lagi, Afiq untuk datang ambil dia. Afiq duduk satu area sama dengan aku tapi condo yang berlainan. Masa Afiq dalam ambil dia, Hafez dah menggelupur, cepat-cepat dia bawak masuk kereta. Dalam kereta, Hafez dok meracau-racau "cepat drive...dia ikut aku. dia hantar orang cari aku". Mata dia terbeliak, badan menggeletar macam orang kena sawan. Duduk dalam kereta pun tak tentu arah.
 
Dah sampai depan pintu rumah Afiq, Hafez nampak macam sober sikit. Nak masuk pintu, dia cakap "Dia tak ikut masuk. Dia tunggu depan pintu rumah". Afiq pun pelik la, siapa dia? Afiq tak nampak siapa-siapa pun yang tunggu depan pintu rumah. Lepas seminit masuk rumah, tiba-tiba Hafez menjerit "Dia masuk ikut pintu dapur" pastu dia menjerit, menggelupur, mata terbeliak , lidah terjelir, urat-urat semua timbul. Dia menjerit suara dia dah jadi macam suara orang lain, garau semacam. Afiq taktau nak buat apa, dia cuba tenangkan Hafez tapi tak menjadi. Dia cuba call housemate saya Azri, tapi Azri pun taktahu nak buat apa. Dia tak boleh balik time tu sebab tengah kerja. So Afiq call kawan dia, abang N. Abang N ni macam pandai baca sikit. Dia sampai, dia try baca apa yang patut tp sama jugak. So dia suggestkan bawak Hafez ke Bangi jumpa ustaz so off they go. Sampai ke pagi besok jugaklah diorang kat Bangi cuba pulihkan si Hafez ni.
 
Ustaz Bangi tu ada cerita background si Hafez yang tak ramai orang tahu termasuk family dia, hanya kami kawan-kawan dia yang tahu. Sebab tu kitorang agak terkejut dengar. Hafez ni banker, tp buat part time jadi tokan. Memang hidup dia mewah. Aku ingat lagi time birthday aku memang dia belanja kawan-kawan makan punya. Pergi club dia payung, gi makan mana-mana pun dia bayar. Walaupun high risk, tapi aku terima je lah sebab bukan senang kan nak dapat kawan berduit ni. hehe. Ustaz tu cakap tokey Hafez ni ada buat ritual sebelum terima dia jadi tokan dulu, dan letak pendinding kat dia seekor Jin jahat. So jin itu lah "Dia" yang Hafez dok sebut tadi. Ustaz tu cakap jin tu tak ikut ke Bangi, ada tertinggal kat rumah Afiq masa dia nak datang tadi. Jin tu makan dia sebab Hafez cakap kat tokey dia nak berenti, tapi tokey dia tak happy. So dia suruh jin tu kacau Hafez.
 
Ustaz tu baca lah apa yang patut, bagi Hafez minum apa yang patut, then keesokan pagi diorang balik (time tu lah aku call Hafez, and housemate aku Azri call dia tengah breakfast kat Bangi). Kitorang ingat dah selesai kat situ, hingga lah 2 atau 3 hari kemudian.
 
Afiq duduk dengan kawan kitorang yang lain Shahril dan Samsul. Shahril dan Samsul pergi bercuti ke negara jiran selama seminggu, dan Afiq pulak jarang balik rumah sebab housemate takde. Dia selalu balik rumah parents sebab lagi dekat dengan tempat kerja dia. Tapi hari tu dia balik rumah, santai-santai tengok tv. Time Afiq tengah tengok tv, tiba-tiba aircond terpasang sendiri. Dia pun peliklah, ingatkan aircond rosak. Dia pun bangun gi tutup, tiba-tiba lampu pulak terpasang sendiri. Pastu dia dengar budak-budak ketawa kecil, pastu tapak kaki budak lari masuk bilik. Dia dah naik seram dan takut. Dia masuk bilik dia, kemas baju dan apa yang patut sebab nak balik rumah mak dia. Time nak keluar rumah dia tutup semua lampu. Tiba-tiba time dia keluar darir umah, lalu kat coridor, lampu dapur dia terpasang sendiri.Dia lari terus tak pandang belakang dah.
 
Housemate Afiq balik beberapa hari kemudian, baru Afiq balik rumah. Dia tak cerita tak housemate dia apa yg jadi sebelum tu sebab taknak heboh-heboh. Second day diorang balik, time Samsul dok melepak dalam bilik dia dengar macam Afiq atau Shahril tengah tengok tv, so dia keluar bilik nak join tapi takde orang kt ruang tamu. Dia ingat imaginasi dia je, so dia masuk bilik. Then tiba-tiba dia dengar tapak kaki lari masuk bilik Shahril, bunyi pintu bilik terbukak dan tertutup, bunyi suis lampu pasang then dengar bunyi orang cakap-cakap. Dia pun keluar bilik, nak melepak dengan Shahril yg baru balik dari kerja. Dia ketuk tak berjawab. Dia call Shahril, Shahril cakap dia kat ofis. Samsul pelik lagi, again dia ingat imaginasi dia je kot.
 
Later that night semua orang ada kat rumah. Afiq dan Shahril dah masuk bilik, tidur. Samsul lapar so dia ke dapur masak maggi. Dia makan maggi depan tv. Time tengok tv dia dengar bunyi orang tengah masak kat dapur, ketung ketang gitu. So dia pegi tengok, ingatkan Shahril bangun masak. Tengok takda apa kat dapur, so dia dah cuak. Dia masuk bilik then tidur.
 
 
Pagi esok dia consult Shahril dan Afiq dan bagitahu pasal cerita tu. Shahril pun bagitahu, lampu dan aircond bilik dia selalu terpasang sendiri. Dia ingatkan rosak and weekend tu nak panggil electrician datang repair. Then Afiq baru bukak cerita pasal hari tu, terus diorang pack barang diorang cepat-cepat dan datang rumah kitorang. After that diorang ke Bangi balik nak mintak ustaz tolong tengokkan rumah diorang.
 
Malam tu ustaz datang, kitorang pun join nak menyibuk. Masuk rumah, ustaz minta tolong off kan suis lampu. Memang gelap area situ sebab ade few unit yang takde penghuni, and condo tu 5 tingkat je, and banyak pokok-pokok. Masuk je rumah rasa seram sejuk, kitorang pegang tangan masing-masing. Pastu ustaz tu start kira 1, 2, 3, 4, 5 bla bla bla bla sampai ke 73. Ada few interruption time tu. Kitorang dengar bunyi tapak kaki berlari dalam rumah, dengan bunyi budak-budak ketawa mengekek kat telinga, and lampu terpasang dan tertutup sendiri pun ada. Memang seram gila time tu especially bila ustaz cakap kat kawan kitorang "jangan takut, dia ada sebelah awak"..pastu ustaz pandang atas and cakap "jangan kacau kitorang, pegi masuk bilik!" time tu memang nak terkencing la....semua rasa mcm nak lari balik.
 
After few minutes kitorang keluar rumah, and ustaz bagi masa 5 hari untuk ready halau benda tu dari rumah, siap bagitahu pengeras-pengerasnya (macam-macam la..jenuh gak nak cari barnag-barang tu kt KL ni). Ustaz cakap ada 73 makhluk halus dalam rumah tu, yang ketua nya adalah jin jahat yg di bawa oleh Hafez. yg tu memang kepala dan degil, besar, hitam, tinggi dan berbulu bermata merah. Dia yang bawak makhluk halus lain berkampung dalam rumah tu since ketiadaan orang. Makhluk halus tu suka main kat dapur, dalam bilik. Diorang da banyak sgt sampaikan tak takut nak kacau kitorang terang-terang mcm tu.
 
For the next few days mmg kawan kitorg tu xbalik tidur rumah diorang, menumpang tidur rumah kitorang. kitorang pun ikut seram takut ada satu dua yg ikut balik rumah tp luckily takde. Hari yg ustaz janji nak buang tu lepas isya kitorang pergi (aku xnak pergi, duduk rumah mintak bf temankan sebab takut). Lepas dah buang baru aman rumah tu sampai sekarang. Katanya ustaz lama jugak ustaz tu ambil masa nak buang dioran, dan berjaya buang dalam satu Sungai kt KL ni, dah dekat waktu subuh.
 
Ustaz tu ada cerita dan mintak kitorang gi rumah Hafez, dan buang 3 patung yang ada dalam rumah tu. Benda tu pun ada penjaga. Kitorang dah takut, memang tak kuasa lah nak pergi rumah orang kan so kitorang buat tak tahu je. Tapi location patung yang ustaz bagitahu tu memang ada, sebab kitorang pernah pergi rumah Hafez dulu.
 
Kisah Hafez tak habis kat situ. Rupanya dia dah beberapa tak tidur kat rumah dia sebab kena kacau. Dia tidur dalam kereta. Sebenarnya rumah dia dah lama ade yang mengacau, pernah kacau housemate i sebelum-sebelum ni.
 
---------------------
Few months before housemate I si Azri pernah tumpang tidur rumah dia. Terbangun tengah malam sebab ada lembaga besar kacau dia. Dia bukak mata then nampak benda tu berdiri depan dia, perhati dengan mata merah. Dia baca ayat kursi dan apa yang patut, dia memang takleh nak gerak...sampai lah pagi...benda ni jadi few months sebelum kejadian rumah kena usik tu. Housemate I balik dan cerita kat I.
 
---------------------
Kalau naik kereta dengan Hafez, dia turun stesen minyak isi kereta, tinggal kita sorang akan dengar bunyi mendengus macam lembu tengah marah. Then we relate to the story told by my housemate.
 
---------------------
This one time, Hafez naik kereta dengan sorang lg kawan kitorang. Time kat traffic line tiba-tiba adan dia kejang, and kawan kitorang nampak mcm bebola besar bergerak dalam urat dari ke tangan naik ke kepala. Nasib baik tengah tunggu traffic light merah, kawan i tu terus switch to driver seat and dia pulak drive. memang seram sgt2!
 
----------------------
Lepas kejadian memang kitorang percaya dengan makhluk halus ni sebab kena kat batang hidung sendiri. Berterima kasih kat diri sendiri sebab tak bukak pintu time Hafez datang malam tu, kalau I bukak for sure jin tu berkampung kat rumah I. serammmmm.
Persoalannya kat sini:-
1. Siapa yang hantar jin tu kt Hafez. We kinda knew it was the tokan, tapi macam mana dia boleh control, and bagaimana dia letakkan jin tu kat badan/rumah Hafez. Atas kerelaan atau paksa? Ustaz tu kata orang yang control tu ada di Bali. Hafez tak pernah ke Bali.
2. Apa jadi kat rumah Hafez sekarang? Apa yang jadi pada patung tu (salah satu di sorok dalam shiling) dan apa yang jadi pada penghuni baru? Hafez dah pindah balik kampung lepas kejadian lepas kitorang terpaksa bukak cerita bagitahu family dia.
3. Menurut ustaz makhluk lain di bawa berkampung ke rumah kawan kitorang tu asalnya memang menghuni kawasan condo tu, ada banyak pokok dan dekat tasik. Memang kawasan KL masih banyak makhluk mcm ni ya.
Dan macam-macam lagi. Kalau aku ingat nanti aku tambah later
-  cauliflower/XLUPA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan