Home Klik Di Bawah

Selasa, 22 Januari 2013

Kehebatan Arkitek Sang Pencipta

Telah banyak kita saksikan kehebatan penciptaan dalam bidang arkitek ataupun kejuruteraan ciptaan manusia. Kebanyakkan dari mereka ingin mencipta sesuatau yang menakjubkan dan membuatkan manusia-manusia lain teruja dengan hasil rekacipta mereka. Sedar atau tidak, bagi kita umat Islam, kita sebenarnya memiliki Sang Pencipta yang begitu Mahir dalam seni rekaan. Apabila Dia mencipta sesuatu ciptaan, nescaya tiada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan penciptaan-Nya. Dialah Allahu 'Azza wa Jalla, Our Great Creator.
 
 
 
 
 

Pada paparan kali ini, marilah kita sama-sama melihat kehebatan ciptaan Allah SWT yang bertempat di Utara Ireland. Tempat menarik ini dinamakan penduduk setempat sebagai The Giant Causeway. Keunikkan 'Giant' terpamer pada 40,000 batang tiang batu heksagonnya yang terpacak menghiasi muara pantai. 

Menurut pakar Geologi bumi, tiang ini terbentuk kesan dari letusan gunung berapi purba. Dianggarkan ketinggiannya setinggi 12m - 28m mengikut corak muka bumi didudukinya. Tempat unik berseni ini telah di'iktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1986. Tidak lengkap bagi lawatan mereka yang datang menziarahi Ireland sekiranya tidak berkunjung ke sini. 










'' dan mereka merancang dan Allah jua merancang. Sesungguhnya, Allah adalah Sebaik-baik Perancang ''

Sumber : giant causeway official guide/karyawanbisu.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan