Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda
kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah
datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi)
ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa
yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti
Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut
itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu
orang-orang yang beriman”.Surah al-Baqarah ayat: 248
Apabila bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi.
Mereka mendapat ketenangan dengan peti tersebut.Telah jelas kepada
kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi
Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah telah menurunkannya
pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana
terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa
mengadap Allah di Bukit Thur Sina, Diantara bahan sejarah tersebut telah
diambil oleh musuh yahudi selama tujuh bulan.Terdapat dalam Taurat
menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana
mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter
sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya.
Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut dibarisan hadapan tentera
mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan
memberi kemenagan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud
yang mengatakan mereka kan mendapat kemenangan apabila mereka kembali
memilki Tabut.Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat
kemenanganTabut pada pandangan yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab
suci yang terdapat pada mereka, mereka letakan ditengah khemah dan Nabi
Daud akan hadir bersama mereka.Dan ketika Nabi Sulaiman membina binaan
(tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling tinggi,
dalam bilik yang tidak berjendela dan dihadapan mihrab mereka percaya
Roh Allah akan menjelma pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci
itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama binaan yang telah dibina
oleh Nabi Sulaiman.Terdapat berbagai kisah tentang Tabut, sehingga
terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil
perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir.
Kemudian ke Habsyah tetapi yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk
kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit
3200 tahun.Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam
filem Hollywood Kesannya Setengah daripada kaum yahudi berpendapat Tabut
tersimpan dibawah masjid Al-Aqsa. Dimana terdapat juga orang-orang
palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang
lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut ditanam satu tempat di
Masjid Al-Aqsa. Kaum yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut
walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka
adalah kaum yang memihak kepada kebenaran.
Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat
kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang
yahudi cari, yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.Diantara
Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.Peti Tabut ini mungkin
diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah
menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.
Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan
sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.Pencarian
masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah masjid Al-Aqsa dan
sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat
gambar di sini). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur
dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.
blogammar.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan