Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Isnin, 21 Januari 2013
Misteri Umur 40 tahun menurut Al-Quran
Dalam salah satu artikel
pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang
sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini.
Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa
pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur
tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari "Jurnal perubatan
Britain" yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi
perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan
timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis
dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur atau hujung 40-an.
Penyelidik mengatakan
bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga kemungkinkan kecil untuk
dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah dilaporkan dalam satu
penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta setiap tiga atau empat
tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting kerana membuktikan
ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika digunakan ketika muncul
gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.
Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi
kongnitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan
tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut
boleh berlaku pada pertengahan usia.
Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya
telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi
tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan
peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari
hal tersebut.
Maha suci Allah!
Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu,
bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40
tahun akan mengalami penurunan selepas itu.
Allah swt berfirman:
"... Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh
tahun ia berdo'a:" Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat
yang telah Engkau berikan ... "(Surah Al-Ahqaaf: 15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan