Home Klik Di Bawah

Rabu, 23 Januari 2013

Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan

punca kebas tangan  Assalamua’laikum.Apa punca kebas tangan? Tangan anda pernah rasa kebas ? Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jemari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin kecil yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tak ambil kisah tentang kesihatan jari-jari tangan. Nak-nak mereka yang selalu gunakan jari dalam urusan harian termasuklah blogger! Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand. Untuk itu, saya kongsikan serba sedikit fakta berkenaan punca kebas tangan, gejala dan rawatan untuk kebas jari-jari tangan.

Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.
  2. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.
  3. Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.
  4. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
  5. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.

7 Punca Kebas Tangan

  1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dos!
  2. Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
  4. Pergelangan tangan kita pernah cedera.
  5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
  6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
  7. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
  5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.
Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin.
hafizmohd.com

2 ulasan:

  1. As salam.

    Perkongsian yg menarik =)

    p/s - Mohon admin blog memberi kredit "link hidup" kepada pemilik asal artikel (hafizmohd.com) supaya ianya tidak memberi kesan buruk kepada blog ini dan juga blog saya.

    terima kasih.

    BalasPadam
  2. Info yg amat berguna. Terima kasih

    BalasPadam