Home Klik Di Bawah

Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul - Tema : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Salam Maulidur Rasul ..Selamat bercuti jugak la akak ucapkan pada yang bercuti tu..Dan pada yang bekerja bila orang lain cuti , buat la kerja anda.

 
 
 
 
 
 
Tema tahun ini.

Selari dengan perkembangan di zaman arus pemodenan, tema sambutan Maulidur Rasul : WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan tahu apa tujuan mengapa kita menyambut maulidur rasul setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah yang jitu.

Disebalik maksud tema.

Secara ringkasnya merujuk kepada pertengahan atau sederhana. Apabila kita fikirkan sejenak, sememangnye dengan menjadikan kesederhanaan dalam kehidupan setiap insan dapat melahirkan generasi yang lebih baik sekali gus dapat menjadi tonggak dalam menyatukan ummah.

Contoh yang senang dalam pertuturan kita apabila contohnya, berbicara atau pun dalam berceramah dan sebagainya. Kita perlu lihat dengan siapa kita bercakap, perlu berhati-hati dan bersifat sederhana. Bukan hanya dengan membabi buta, cakap sampai ada mengguris perasaan mereka yang mendengarnya. So, perlu kita masukkan unsur-unsur yang lain, yang mana dapat menyatukan ummah kita ini disamping kita bercakap kita sedar dan tahu apa yang kurang dan harus diperbetulkan.

Memang betul, bukan suatu yang mudah, tetapi kita tahu dalam menyatukan ummah yang punyai fahaman dan pendapat yang berbeda, harus kita cari dan dalami Al-Quran yang kita pegang selama ini sebagai panduan hidup.
http://zikrihusaini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan